Me @ 13 weeks |
My daily routine sama saja. Cuma kadang kadang akan terlebih letih. So, bila letih aku kena baring, bila dah baring aku malas bangun. Pemalas sikit ja. Kalau aku jadi pemalas secara berleluasa, kesian pulak dengan empat kanak kanak kecil. Ya baiklah. Aku kena rajin.
Mood swing jangan tanya. Aku memang senang tersentap, terasa dan terkecil hati. Termengamuk pun ada juga. Cp macam biasa. Lagi aku naik hantu, lagi dia suka. Ini yang berlaku bila Mrs Serious Muka Ketat Tak Boleh Bergurau di ajak bergurau senda. Senang cakap, bergurau dan berlawak bukan bidang aku. Sporting pun bukan. Mari sembang hal dunia dan ekonomi dengan aku. Baru sesuai. Kahkahkah. Sila percaya.
Baiklah. Ada lambakan kerja kerja domestik sedang menunggu. Mohon permisi. Sehingga aku rajin menulis lagi. Sekian.