Wednesday, June 17, 2009

Sippy Cup untuk Aiman

Hari ini hari Rabu. Esok hari Khamis. Lusa hari Jumaat. Yea. Seronok. Seronok. Che Pyan cuti-cuti di rumah. Wah. Nak pergi bawak anak jalan-jalan kat mana hah? Bosan lah asyik p Tesco. Eheh. Ya lah. Walaupun 10 minit ja nak ke Tesco kalau berlari-lari anak dari rumah, tetap tak seronok. Tidak mengexcitedkan hati dan perasaan. Nak p Penang jauh lah sangat. Woi Mone. Stop it. Itu Che Pyan punya hari cuti lah. Bagilah dia rehat. Dia sudah penat. Okeh. Okeh. Up to him lah.

My Little Aiman dah nak lega dah. Bunyi wheezing tu almost dah tak da. Alhamdullilah. Lepas hari Khamis ni dah tak payah ulang alik ke KMC lagi dah. Sudah capek. Dah la ramai pulak tu budak-budak kecik nak buat Neb. Kena queue lagi. Sepuluh Sen betul. Tapi aku nak habaq la ni. Sapa-sapa yang ada anak kecik-kecik dan kenit-kenit lagi, kalau bunyi pernafasan dia luarbiasa dan bila dia bernafas macam ada kahak banyak dalam dada, tolonglah bawak cepat-cepat p jumpa Paeds. Takut-takut ada jangkitan kuman. Kang jadi cerita lain pulak. Please remember ok.

Dah sudah. Bab-bab kesihatan ni kita letak kat tepi. Sudah banyak kali dah bercakap pasal ni. Aku sebenarnya tengah duk cari Sippy Cup dekat Little Aiman. Semalam dah seharian meggoogle untuk cari Sippy Cup apakah yang paling elok untuk Aiman. Macam kakak kakak dia dulu pakai Thermos punya Sippy Cup. Elok dan comel. Tapi susah nak cucilah esp kat muncung dia tu. Penutup pun tak da. Lepas ni kalau aku nak beli, benda yang akan aku tengok dan consider ialah:

* Mestilah BPA Free

* Senang dibasuh

* Harga tak menggila

* Tidak akan bocor

* Ada penutup

* Warna yang menarik

* Kalau warna biru pun cantik jugak

Ceh. Ini sudah mengarut dan terkeluar dah dari tujuan yang utama. Ok cukup saja untuk hari ini. Masa untuk The Sims. Sementara Wani ada kat sekolah, Aiman dan Wina sibuk menyanyi dan menyonteng, aku nak main The Sims sat. GudBye

12 comments:

  1. sippy cup? dah jumpa? saya pun tgh nak carik bg hidayat jugak. yg ader skrg kalu tunggang terbalik mesti tumpah meleleh2 satu umah. kalu ader yg best, let me know ek.. hehe

    ReplyDelete
  2. i'm thinking of that too..Alya punya in what colour hah?

    ReplyDelete
  3. Rini, ramai yang recommend Nuby..warna banyak choice, spill proof tak tahulah kan sebab blum guna lagik..but maybe saya beli Nuby lah kot..Hehhe

    ReplyDelete
  4. Org tua kami kat Taman Peruda Utama. Jln Kelab Cinta Syang tu....
    In Law mone kat mana?

    ReplyDelete
  5. Dekat Taman Ria lah..bedekatanlah kita ya..Hahahaha..Raya nanti leh singgah rumah..Hehehe

    ReplyDelete
  6. Nuby ek.. u try la dulu.. kalu suma perfect br la leh i angkut skali. hehe

    ReplyDelete
  7. Puan Rini, nanti saya buat eksperimen ngan Nuby ok..Hahaha:P
    Puan Ummi, Tommee Tippee? Alah design Sippy Cup dia kurang menarik perhatian sayalah..Tapi botol susu dia mmg best..Aiman pun suka..aiman tak kisah..:P :P

    ReplyDelete
  8. susu cap gantung lg best...ops! 18sx

    ReplyDelete
  9. Nuby tuh mmg spill free, ok? Kalo x, x kuasa der i nak amek.. Alya nyer colour purple~

    ReplyDelete
  10. Puan Ummi, itu memang dah terbukti dah lagi best dan lebih berkhasiat..Hahaha..:p

    Sissy, I pon nak beli purple jugaklah...Hahahaha..Baguslah..Alya dah jadi bahan eksperimen dah..Tak yah pening daqh..Lepas ni boleh beli terus...Tq sissy :D

    ReplyDelete