Saturday, February 20, 2010

Grounded for One Week

Che Pyan cuti seminggu. Tapi kami sekeluarga tak ke mana mana pun untuk berholiday. Paling jauh pun ke rumah my Sis In Law dekat Penang dan lepas tu angkut habis dengan Mak Mertua pi jalan jalan kat Teluk Bahang bawak budak budak kecik dengan bapak bapak budak kecik yang seronok sangat bila dapat main air dan berendam lama lama. Lepas tu ulang alik tiga empat kali bawak anak anak melawat sambil belajar di sawah bendang Mak dan Bapak Mertua. Habis main kotor sambil sodok sodok tanah merah sampai kasut selipar pun dah tak mau pakai. Eeeeii. Aku geram. Eh Silap. Aku sabaq. Aku maintain ja. Excited pun tak sangat. Tak excited pun tak sangat. Maksudnya aku biasa biasa saja. Grrrr.

Cadangnya, sempena Chinese New Year hari tu nak ke KL, melawat sepupu sepapat dan sedare mare yang menetap di sane. Amboi. Macam ramai sangat adik beradik aku kat sana. Ehhehe. Tup tup terus tertutup cadangan nak ke sana atas sebab musabab yang tidak dapat dielakkan. Frust jugaklah. Yalah. Cuti dah submit dan approved dah pun. Dah lah Che Pyan susah nak dapat cuti. Dah lah anak anak pun sangat seronok. Dah lak mak anak anak pun tumpang sama seronok. Dah la....hmmm. Oklah. Oklah. Ni dah masuk bab whinning dah ni. Tapi tu cerita minggu lepas.

Minggu ni InshaAllah jadilah kot kami ke sana.Yeayy. Tiket dah booked. Makanya kebarangkalian nak ke sana tu Up Sikitlah. Seronoknya. Rasa macam dah lama aku tak hidu bau bauan dan asap udara KL yang banyak pencemaran tu. Rindu sangat. Selama ni selalu sangat dah dok hidu bau rumput semak samun yang segar menghijau dan bau pokok pokok yang ada sekeliling rumah. Tu tak termasuk lagi pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Dan jugak bau kambing yang sangat harum mewangi bila sekali sekali sekala angin sepoi sepoi bahasa berlalu. Ceh. Pandai jugak aku bersastera pukul 12 tengah tengah malam macam ni. Aku sendiri pun tak paham kenapa aku update blog pada time dan waktu dan masa ini.

Aku bukan apa. Saja buang masa sementara tunggu Che Pyan balik rumah dari berjumpa seorang sahabat di kedai kopi yang berhampiran karena sahabat tersebut baru pulang dari seberang . Sekarang dah 12:57 pagi. Confirmlah aku tak boleh tidur sebab baru tadi aku bantai minum lebihan kopi Che Pyan. Hah. Tengok. Tengok. Dah pukul 1 pagi dah pun. Memang pecah record dah ni. Memang boleh masuk dalam Che Pyan punya Records of the Week. Mentang mentang aku tak buat curfew. Ok. Takpa. Lepas ni kita buat curfew.

....And Dear, you're grounded for a week....

Macam berani sangatlah aku nak bagi titah perintah berkurung dekat Husband merangkap Big Boss. Nak pergi beli gula sekilo pun terhegeh hegeh ajak Che Pyan padahal lesen kereta motor ada tapi penakut sangat sampai kalau pegang stereng pun stereng boleh tercabut woooo. Kesian Che Pyan. Kesian Aku

Ish. Lapau pulak perut ni. Oklah.Tiba tiba ja perut ni bergelora lapau. Tata.Good Night and Selamat Makan.

No comments:

Post a Comment