Monday, May 31, 2010

Percubaan

Situasi 1
 Lokasi Kejadian :
Perkarangan tempat kerja CP
Dialog:
Budak kecik : Abang.... mintak nombor telefon....
Jejaka itu : Hah...apa dia?
Budak kecik : Minta nombor telefon!
Jejaka itu : Hah! Pi sana. Pi sana.
Budak kecik tersebut pun berlari balik ke tempat asal.

5 minit kemudian.....

Budak kecik : Abang...mintaklah nombor telefon....  (...nada merayu - rayu...)
Jejaka itu : Haih budak ni. Pi sana. Pi sana

Beberapa minit lagi selepas tu

Budak kecik : Abang, kakak saya mintak nombor telefon!
Jejaka itu : Ooooo. Kalau macam tu suruh kakak mai sendiri ambik nombor telefon.
Budak kecik : Mmmmm mmmm mmmm

Lepas tu terus budak kecik tu pergi tak kembali.... Tata adik...

Situasi 2
Lokasi Kejadian:
Kedai Serbaguna, Stesen Minyak Tuuuut
Dialog:
Kakak Tua : Amboi, banyaknya beli barang. (...tersengeih sengeih macam kerang busuk....)
Jejaka itu : Hmmm  (..sambil tersenyum....)
Kakak tua : Nak buat apa beli banyak banyak ni?
Jejaka itu : Beli kat anak!
Kakak tua : Laa... ingatkan tak kahwin lagi. Rupanya dah ada anak dah... hehehe  (tersengih macam kerang busuk lagi sekali..)

Tu la. Gatal lagi!

Situasi 3
Lokasi Kejadian
Perkarangan Bank Tuuttt
Dialog:
Pakcik : Orang kata kalau nak tengok anak sedara, kena tengok bapak sedara dia dulu....
Jejaka itu : (....Ish pakcik ni. Apahal pulak ni?....)
Pakcik : Bukan apa, pakcik ada anak sedara. Kerja misi (nurse). Ni dok tengah cari kat dia lah ni. Heh heh...
Jejaka : Ooooo..
Pakcik : Encik ni kahwin dak lagi? Hehehe....
Jejaka itu : Saya menikah dah. Anak tiga!!!!!
Pakcik : Laaa... ingatkan bujang..Nampak muda lagi... Hikhikhik...

Ceh....

Wednesday, May 26, 2010

Bukan Aku Anymore

I've decided not to use 'aku' anymore. Rasa macam dah tak sesuai lagilah dengan pertambahan usia walaupun aku ni bukan tua mana pun. Eh, tersasul pulak. Ulang sekali lagi ok ayat tadi. Rasa macam dah tak sesuai lagilah dengan pertambahan usia walaupun saya ni bukan tua mana pun. Hehehe.Tak perlulah saya nak explain panjang lebar padahal bukan orang nak tau sangat pun.

Lately ni saya memang dah tak online sangat. Nak buat macam mana. Bukan ku pinta jadi begini. Ini semua Celcom Broadband punya pasalllah. Saya memang langsung tak bersalah pun. Line memang macam ta**. Sekejap ade, sekejap takde. Macam iklan Choc Fudge pulak. Malas nak layan angin broadband yang sat elok, sat tak elok, lebih baik tak payah online langsung. Last sekali baik main The Sims. Lagi bagus untuk perkembangan minda dan mencerdaskan lagi otak. Sebelum saya lupa wal tak ingat, saya nak wish ucapan beribu ribu tahniah untuk My Beloved Cuz sebab dia telah berjaya. Berjaya mengandung dulu dari saya padahal saya yang plan dulu nak pregnant. Hihihi. Ya la. Kita hanya merancang. Tup tup dengar cerita dia dah terkedepan dah. Apapun, tahniah Sis. I'm soooo supa dupa happy for U. Lepas ni Alya dah ada friend dah. Lalalalalala.

Thursday, May 6, 2010

MSG dan Garam, Mana Satu Pilihan Kamu?

Perangai hudoh manusia ada macam macam jenis perisa dan warna. Perangai yang teruk sekali malahan jugak yang diulang berkali kali bila melibatkan bab makanan. Siapa yang tak suka makan? Aku suka. Engkau suka. Dia suka. Kamu pun suka juga. Semua manusia kena makan. Suka tak suka macam mana pun kena makan (minum pun sama jugaklah). Tapi yang paling aku tak tahan dan geram serta sakit urat hatiku bila dapat tahu satu benda pasal makan dan minum ni. Tak taulah kalau orang lain dah tahu tapi aku saja yang ketingggalan zaman.

....Mode Pembaca Berita
Menurut CP , beliau telah diberitahu oleh seseorang yang sangat rapat dengan beliau tentang sesuatu fakta yang menakutkan. Seseorang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mr. X telah memberitahu satu rahsia bagaimana cara untuk membancuh teh yang terpaling tersedap. Caranya, campurkan sedikit Pak Aji dan jugak Garam. Berita tamat. Kembali ke..........

.....Mode Bahasa Mone
Tak taulah apa orang tu pikiaq bila dia letak MSG dalam teh tarik tu. Tapi CP kata memang teh tarik dia sangat tip top dan sedap serta lemak berkrim digilai ramai. Garam tu aku taulah mungkinlah nak bagi lemak lemak sikit rasa teh tu. Tapi itu pun mengarut jugaklah. Dah lah taruk gula banyak ya ampun. Ni pi tambah pulak garam kot atas tu. Yang lagi cerdik pi buboh MSG bagi teh tarik lagi terangkat. Nak sedap tera mana sangat. Tak taulah. Ikut suka hangpalah. Diri sendiri, itu kena sendiri mau ingat.

Aku ingat lagi masa baru baru kahwin dulu. CP dah siap pesan  NO MSG , Tak Boleh beli MSG. Even kat rumah pun tak dak walau sepeket pun. Apatah lagi sesudu kecik. Tapi  kalau beli makanan atau makan kat luar itu kes lainlah. Lagipun bukan selalu. Tak dalah aku jadi GilaNoid sampai takut nak makan kat sini, trauma nak makan kat situ sebab tak mau MSG punya pasal. Tapi bila bab dia letak dalam teh tarik tu yang aku tak boleh terima sangat sangat. Bagi aku memang tak masuk akal langsung. Senang kata mengarut terlampau da. Tak tau lah kalau ramai orang yang buat camtu.

Adeh. Pedihnya hatiku ini. Bagai dicucuk sembilu. Adeh. Aku nak main The Sims. Aku nak main The Sims. Tolong. Tolong. Aku tak tahan menanggung rindu. Adeh deh deh deh......Tata. Main The Sims lagi best. :P