Monday, May 31, 2010

Percubaan

Situasi 1
 Lokasi Kejadian :
Perkarangan tempat kerja CP
Dialog:
Budak kecik : Abang.... mintak nombor telefon....
Jejaka itu : Hah...apa dia?
Budak kecik : Minta nombor telefon!
Jejaka itu : Hah! Pi sana. Pi sana.
Budak kecik tersebut pun berlari balik ke tempat asal.

5 minit kemudian.....

Budak kecik : Abang...mintaklah nombor telefon....  (...nada merayu - rayu...)
Jejaka itu : Haih budak ni. Pi sana. Pi sana

Beberapa minit lagi selepas tu

Budak kecik : Abang, kakak saya mintak nombor telefon!
Jejaka itu : Ooooo. Kalau macam tu suruh kakak mai sendiri ambik nombor telefon.
Budak kecik : Mmmmm mmmm mmmm

Lepas tu terus budak kecik tu pergi tak kembali.... Tata adik...

Situasi 2
Lokasi Kejadian:
Kedai Serbaguna, Stesen Minyak Tuuuut
Dialog:
Kakak Tua : Amboi, banyaknya beli barang. (...tersengeih sengeih macam kerang busuk....)
Jejaka itu : Hmmm  (..sambil tersenyum....)
Kakak tua : Nak buat apa beli banyak banyak ni?
Jejaka itu : Beli kat anak!
Kakak tua : Laa... ingatkan tak kahwin lagi. Rupanya dah ada anak dah... hehehe  (tersengih macam kerang busuk lagi sekali..)

Tu la. Gatal lagi!

Situasi 3
Lokasi Kejadian
Perkarangan Bank Tuuttt
Dialog:
Pakcik : Orang kata kalau nak tengok anak sedara, kena tengok bapak sedara dia dulu....
Jejaka itu : (....Ish pakcik ni. Apahal pulak ni?....)
Pakcik : Bukan apa, pakcik ada anak sedara. Kerja misi (nurse). Ni dok tengah cari kat dia lah ni. Heh heh...
Jejaka : Ooooo..
Pakcik : Encik ni kahwin dak lagi? Hehehe....
Jejaka itu : Saya menikah dah. Anak tiga!!!!!
Pakcik : Laaa... ingatkan bujang..Nampak muda lagi... Hikhikhik...

Ceh....

No comments:

Post a Comment