Perangai hudoh manusia ada macam macam jenis perisa dan warna. Perangai yang teruk sekali malahan jugak yang diulang berkali kali bila melibatkan bab makanan. Siapa yang tak suka makan? Aku suka. Engkau suka. Dia suka. Kamu pun suka juga. Semua manusia kena makan. Suka tak suka macam mana pun kena makan (minum pun sama jugaklah). Tapi yang paling aku tak tahan dan geram serta sakit urat hatiku bila dapat tahu satu benda pasal makan dan minum ni. Tak taulah kalau orang lain dah tahu tapi aku saja yang ketingggalan zaman.
....Mode Pembaca Berita
Menurut CP , beliau telah diberitahu oleh seseorang yang sangat rapat dengan beliau tentang sesuatu fakta yang menakutkan. Seseorang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mr. X telah memberitahu satu rahsia bagaimana cara untuk membancuh teh yang terpaling tersedap. Caranya, campurkan sedikit Pak Aji dan jugak Garam. Berita tamat. Kembali ke..........
.....Mode Bahasa Mone
Tak taulah apa orang tu pikiaq bila dia letak MSG dalam teh tarik tu. Tapi CP kata memang teh tarik dia sangat tip top dan sedap serta lemak berkrim digilai ramai. Garam tu aku taulah mungkinlah nak bagi lemak lemak sikit rasa teh tu. Tapi itu pun mengarut jugaklah. Dah lah taruk gula banyak ya ampun. Ni pi tambah pulak garam kot atas tu. Yang lagi cerdik pi buboh MSG bagi teh tarik lagi terangkat. Nak sedap tera mana sangat. Tak taulah. Ikut suka hangpalah. Diri sendiri, itu kena sendiri mau ingat.
Aku ingat lagi masa baru baru kahwin dulu. CP dah siap pesan NO MSG , Tak Boleh beli MSG. Even kat rumah pun tak dak walau sepeket pun. Apatah lagi sesudu kecik. Tapi kalau beli makanan atau makan kat luar itu kes lainlah. Lagipun bukan selalu. Tak dalah aku jadi GilaNoid sampai takut nak makan kat sini, trauma nak makan kat situ sebab tak mau MSG punya pasal. Tapi bila bab dia letak dalam teh tarik tu yang aku tak boleh terima sangat sangat. Bagi aku memang tak masuk akal langsung. Senang kata mengarut terlampau da. Tak tau lah kalau ramai orang yang buat camtu.
Adeh. Pedihnya hatiku ini. Bagai dicucuk sembilu. Adeh. Aku nak main The Sims. Aku nak main The Sims. Tolong. Tolong. Aku tak tahan menanggung rindu. Adeh deh deh deh......Tata. Main The Sims lagi best. :P
No comments:
Post a Comment