Berkahwin adalah satu kontrak seumur hidup. Apa ingat senangkah macam memetik jari? Oh, dah tentu tidak. Berbagai asam garam akan ada tak kiralah asam gelugur atau asam keping mahupun garam kasar atau garam halus. Tak percaya? Cuba tanya mak bapak kamu. Itupun kalo depa sudi ceritalah.
Berbahagialah seseorang wanita itu kalau dapt suami yang understanding dan sangat penyabar orangnya. Mungkin si dia itu spesis satu dalam seribu atau satu dalam sepuluh ribu mungkin. Pe'el manusia pelbagai bagai. Tak payahlah risau sangat kalau tak dapat macam tu. Manusia kan ada seribu satu perangai.
Bahagia adalah perkara subjektif dan berbeza bagi setiap individu. Ada yang dapat suami yang penyabar, pemurah, ringan tulang atau penyayang tapi malas sembahyang dan bab bab agama failed atau ada yang dapat suami yang panas baran,kedekut atau pemalas tapi kalau bab sembahyang ok. Apa ni? Something wrong somewhere? Jangan bimbang. Pada yang dapat suami suami jenis ini banyak banyaklah bersabar dan sentiasa berdoa pada Allah mudah mudahan suami akan berubah ke arah yang lebih baik. Lepas solat, banyak banyaklah mohon pada Allah dengan hati yang ikhlas supaya dilembutkan hati suami dan semoga sifat sifat hudoh yang ada pada suami akan akan lenyap. InshaAllah. Yang penting kita kena banyak bersabar.
Begitu juga dengan pe'el suami yang kurang titik beratkan hal agama especially bab sembahyang. Sembahyang itu tiang agama. Macam foundation lah kan. Kalau tak kuat dan tak jaga foundation, tentu roboh. Jangan kita tunjuk pandai dengan kata itu ini, dia salah kita betul, kita pandai dia tak. Bukan begitu caranya. Kalau nak orang berubah, kita kenalah berubah dahulu. Perangai kita yang tak elok sila buang jauh jauh kalau sayangkan suami dan rumahtangga. Sentiasa mohon pada Allah. Mengadu pada Allah. Dia Maha Mendengar.
Entry ni bersifat umum. Banyak sangat kes sekarang ni laki pukul bini, bini tendang laki, laki perabih duit bini, bini songlap duit laki. Mengamuk sikit talak tiga, mengamuk sikit main belasah belasah,mengamuk sikit baling habis pinggan mangkuk kasi pecah. Nak lagi bagus post kat FB yang bini kata suami jahat, si suami kata bini terook. Wah. Advance. Jangan ok. Jangan. Tak elok. Lempaq jauh jauh perangai perangai hudoh itu.
Dah. Little Syafiyah dah tenyeh mata nak zzz dah ni. Mengantuk la tu. Sekian. Nite nite.
P/s: Ini pandangan dan pendapat aku saja. Nak ikut, ikut. Tanak suda. No strings attached.
No comments:
Post a Comment