Thursday, July 25, 2013

Cancer Antigen 125.

 I mentioned in my past post about CA125 test atau nama panjang Cancer Antigen.  Test ni untuk kesan kadar protein CA 125 yang ada dekat dalam darah. Selalu, orang yang ada Ovarian C ni, protein CA125 adalah tinggi. I bet some of you may have heard about it, and some may not. Sekejap ja. Satu tiub kecik darah akan diambil di lengan dan di hantar ke lab untuk analisis. Dalam seminggu, dapatlah result. Reference range untuk result ni adalah kena less than 35. Mine is at 22. Sama macam tahun lepas punya result. Alhamdulillah.

Tapi tak semestinya kalo result tinggi melebihi reference range tu ada C. Kadang kadang benda lain pun boleh buat result dia naik tinggi macam kalau kita ada endometriosis atau uterine fibroid. Ada lagilah dua tiga benda yang boleh sebabkan result dia tinggi tapi kau googlelah nanti. Aku nak cerita panjang panjang kang tergeliat lidah nak sebut. Result cantik pun tak boleh confirm 100% free from that C. Thats why kena buat pelvic scan atau pelvic ultrasound sama untuk doktor tengok kalau kalau ada something yang luarbiasa dekat kedua dua belah ovari. Tapi yalah. Semua tu atas kehendak Allah. Kita ni kenalah usaha dan sentiasa berdoa moga sentiasa sihat. Sentiasa mintak dijauhkan dari penyakit penyakit yang merbahaya. Selebihnya, kita kena berharap dan berserah pada Allah. Duk pikiaq banyak pun tak guna.Tension sana sini. Haish. Semua ni di luar kemampuan kita. Takat mana kita boleh buat, kita buat.

Nak cerita panjang panjang memang aku tak reti. Bukan doktor pun. Aku surirumah ja. Kalo nak lebih info untuk test CA125 ni macam what, why and how bolehlah baca website ni @ mayoclinic.com. Sangat banyak useful info pasal penyakit dan kesihatan. Sekian. Nak memvakum.

Monday, July 15, 2013

This is what I want and Im not looking back.

Bila berusaha membuat sesuatu, tak semua akan nampak kesan sekelip mata. Dalam nak mencapai sesuatu, perlu ada pengorbanan terutama sekali dalam bab bab mengawal hawa nafsu. Dalam kepayahan, pasti muncul kesenangan. Dalam kepahitan, akan datang kemanisan. Selepas menuai hasil, baru kita sedar dan kita tentu akan lebih bersyukur dan tahu berterima kasih.

I love my life. Im loving every moment of it. I just want to be a good wife and a great mom. Menjadi surirumah sepenuh masa ialah privilege yang tak semua orang dapat rasa. I should be thankful for that. Thank you Allah.

Wednesday, July 10, 2013

Hari pertama puasa 2013

Hari pertama berpuasa. Bukan di kampung bersama sanak saudara adik beradik tercinta. Masih di sini. InshaAllah, bakal berbuka puasa bersama kanak kanak tersayang sahaja. Suami tersayang ada meeting nun di sana. Ok. Nak menangis. Apapun, Alhamdulillah sebab sempat jugak bersahur bersama sama Cp pagi tadi. Nasi goreng tawaq katanya. Kakaka.

Oh wow! Belum pikiaq lagi bagaimana nak handle empat kanak kanak comel berbuka puasa secara solo. Tak pernah terfikir. Tapi, terfikir atau tak aku kena jugak hadapi kan? So, Que sera sera, what ever will be, will be.

Aku jangkakan, nasi goreng sekali lagi bakal jadi menu utama untuk berbuka. Maklumlah, bila si dia tiada, selera pun macam tersekat sekat. Mungkin kalau aku tetiba ada mood rajin, nak membake cake sebijik buat pemanis mulut. Bazar Ramadhan tak yah mimpilah. Tunggu Cp baliklah. Oklah. Nak ke sekolah. Anak aku nak baliklah. Sambung esoklah. Pahal aku guna semua 'lah' ni. Ok bai.


 



Tuesday, July 9, 2013

Sudahkah anda jumpa O&G tahun ini?

Minggu lepas ke Perdana. Bertemujanji dengan Dr Awang Nila. Sekali lagi, walaupun ia setahun sekali, prosedur yang sama, Pap Smear, CA125 dan pelvic ultrasound aku tetap dap dup dap. Bukan pikiaq pasai buat test bagai tu. Betuilah orang kata. Aku tak kata tau, ni orang yang kata. Penantian itu menyiksakan. Bagi aku penantian itu ' scare the hell out of me'. Dok tunggu result tu yang buat aku berdebar debar.


Hidup dengan dok pikiaq aku ni adalah tergolong dalam higher risk mendapat 3c, buat aku bersemangat, optimistik dan dalam pada masa yang sama aku takut.  Its only a matter of time. Yang penting, aku akan selalu berdoa dan berusaha malahan InshaAllah akan sentiasa buat yearly checkup and whatevever it takes just to be with my family. Yang selebihnya, aku serahkan pada Allah. Apapun, aku redha. Benda benda genetik ni bukan boleh diubah atau dibuang. Bukan, bukan. Itu semua diluar kawalan. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Berkuasa.

Yang belum, buatlah temujanji dengan O&G setahun sekali. Yearly checkup terutamanya Pap Smear. Jangan malu, jangan segan. Tak lama pun. Beberapa minit ja. Ok bai. Nak pi makan.