Wednesday, July 10, 2013

Hari pertama puasa 2013

Hari pertama berpuasa. Bukan di kampung bersama sanak saudara adik beradik tercinta. Masih di sini. InshaAllah, bakal berbuka puasa bersama kanak kanak tersayang sahaja. Suami tersayang ada meeting nun di sana. Ok. Nak menangis. Apapun, Alhamdulillah sebab sempat jugak bersahur bersama sama Cp pagi tadi. Nasi goreng tawaq katanya. Kakaka.

Oh wow! Belum pikiaq lagi bagaimana nak handle empat kanak kanak comel berbuka puasa secara solo. Tak pernah terfikir. Tapi, terfikir atau tak aku kena jugak hadapi kan? So, Que sera sera, what ever will be, will be.

Aku jangkakan, nasi goreng sekali lagi bakal jadi menu utama untuk berbuka. Maklumlah, bila si dia tiada, selera pun macam tersekat sekat. Mungkin kalau aku tetiba ada mood rajin, nak membake cake sebijik buat pemanis mulut. Bazar Ramadhan tak yah mimpilah. Tunggu Cp baliklah. Oklah. Nak ke sekolah. Anak aku nak baliklah. Sambung esoklah. Pahal aku guna semua 'lah' ni. Ok bai.