Thursday, October 2, 2014

Berhenti.

Senang cakap. Susah nak buat. Kena betul betul tetap pendirian. Apalah ada pada ketegasan yang hanya pada wajah, kalau hati lembik longlai macam 'dandelion'.

Bila kita cakap kita nak berhenti, kita terus berhenti. Bagi aku tiada istilah 'nantillah atau 'pelan-pelanlah'. Umpama seorang Hamba Allah ni yang suka sangat mencuri. Boleh tak cakap macam ni
  'Ok, aku nak berhenti dari mencuri, kalau dulu satu hari lima buah rumah aku masuk merompak, lepas ni aku rasa aku nak kurangkan kepada tiga buah rumah sehari. Aku kan nak berubah'.

Nehi. Nehi. Tolong berhenti terus. InshaAllah, Allah akan permudahkan dan tunjukkan jalan kalau betul betul niat untuk berubah itu niat yang ikhlas. Kalau berjaya, Alhamdulillah. Aku tumpang gembira.

Tak perlu pelbagai alasan. Tak perlu pelbagai jawapan. Tak perlu rumitkan keadaan. Umpama membunuh nyamuk. Bukan bakar kelambu. Kita hanya perlu buang dan bersihkan terus tempat pembiakan. Lagi bagus pasang jaring untuk DEFENSIVE MODE. Sekian.

No comments:

Post a Comment