Thursday, October 2, 2014

Time Out aku.

Hari ni, aktiviti melipat baju masih berjalan seperti biasa. Bukankah aku kata setiap hari chores aku adalah yang sama sepanjang 11 tahun bergelar surirumah. Bosan? Dah tentu tak. Tak sempat pun nak berfikir aku bosan atau tak. Lebih baik fokus pada kelancaran urusan rumah. Bukan senang hei.

Bila Syakir Amin tidur, itulah time out aku. Lebih terbaik kalau Cik Syafiyah pun sama sama belayar ke Dreamland. Jaga-jaga. Itu semua tak lama. Mungkin time out paling lama aku pernah dapat ialah setengah jam. Itu dah kira bagus tu. Sempatlah aku melantak, sempatlah aku jadi stalker kejap dan sempatlah aku kalau nak nap barang lima ke sepuluh minit. Heaven sekejap. Heeee.

Dalam pada sibuk dengan bayi bayi dirumah, aku kena pastikan aku ada masa untuk berTelegram dengan CP. Heeee. Bukanlah aku mentongok 24 jam depan skrin main message dengan buahati aku. Dia pun kerja der. Sekejap sekejap bolehlah. Janji connected.

Ooops. Dah dengar bunyi bunyian dari bilik depan. Time out aku dah habis. Okbai blog.

No comments:

Post a Comment