Sana sini sinun semua cerita pasal Mah dengan laki dia yang main wayang dengan janda anak ramai tapi meltop tip top. Hmmmmm. Bagi aku, benda ni memang lumrah yang akan terjadi dalam rumahtangga kalau tiada komunikasi yang baik antara suami isteri. To make things work, you have to communicate.
Mah anak tiga. Aku anak lima. Yang paling besar baru 10 tahun. Paling kecik 5 bulan. So, boleh tahulah semua anak anak aku bawah umur akil baligh dan dalam kategori sedang membesar dan lasak. Aku surirumah ja. Pembantu takda. Aku banyak buat sendiri. CP pun banyak membantu jugak.
Bagi aku, isu penat, letih takda masa ni memang kalau sembang sampai tahun depan pun tak habis kan.
Surirumah biasalah. Alah bisa tegal biasa. Aku pun ada hari hari aku malas, ada hari hari aku rajin. Ada waktu aku nak bersiap, ada waktu malas nak buat apapun. Nak cakap bab kemas rumah? Hari ni kau kemas, kejap lagi anak kau balik sekolah bersepah lagi. Aku rasa akan lebih teruk kot tahap kesemakkannya. Aku bukan suka gebang. Memang aku lalui benda tu hari hari. Tak kemas kang laki balik rumah tengok rumah bersepah, start keta pergi kerja balik. Haru. Hari boleh kemas elok elok, kau kemaslah. Tak perlu paksa diri. Curi sikit masa untuk diri sendiri.
Bab kain baju setinggi gunung menggapai awan yang tak terlipat. Yang tak terbasuh kau nak tengok? Kejap kejap tukar. Kena Milo sikit tukar. Kena nasik sikit nak baju lain. Seluar lain. Kena color crayon pun nak tukau. Ni tak campur kalau main Playdoh pulak. Kau pening? Aku pun pening. KAu penat. Siapa tak penat.
Melayan karenah anak anak tak sama macam melayan karenah suami. Pasai apa aku tau? Sebab aku taulah. Bila dah kahwin, suami pasti jadi keutamaan. Sebenarnya, tak perlu bersiap bagai sampai nak mekap tebal bila suami balik kerja.Cukup sekadar kau dah mandi, rambut bersisir rapi, calit le lip gloss sikit (hee, aku tibai anak aku punya ja), pakaian tak bercompang camping atau berbau bawang atau belacan. Tak perlu banyak benda pun nak berhias.
Aku setiap hari boleh kata masak guna belacan. Heee.
Aku tak kata aku pandai. Aku belajar dari kesilapan. Dan aku rasa, pengajaran tu amat memberi kesan positif dekat aku. Siapa tak pernah buat silap. ari aku cari dan bagi alasan, lebih baik aku fokus pada suami dan anak anak. Dan kat sini aku nak bagi tips untuk surirumah yang banyak anak yang laki sangat sibuk kerja sampai boleh kata kebanyakan kerja rumah si isteri kena handle sendiri macamana nak handle situasi macam kat atas tu dari berlaku. InshaAllah.
1. Beli perfume, alat solek dan skincare
Kalau suami mampu suh dia beli. Kalo tak, simpan duit sikit sikit bila cukup duit pergi beli.
Basic sudahlah macam lipstick, bedak dan eyeliner. Bukan nak menjerumuskan diri dalam bidang persolekan pon.
Muka kena selalu cuci. Kalo boleh, beli satu set lengkap. Suh suami beli. Sayang bini le katakan. Aku biasa ja tak cuci muka setahun setiap kali dari mula mengandung sampai lepas pantang. Allergic lah sangat. Makkk aii. macam mak lampir dah aku.
2. Latih anak anak dari awal buat kerja rumah.
Biasakan anak anak buat benda mudah macam basuh pinggan sendiri selepas makan, lipat baju sendiri(senget benget pun takpa,nanti lama pandailah), kemas meja selepas makan dan tolong kerja rumah yang lain lain yang mudah dan tak meletihkan macam tolong vakum dan kemas katil sendiri.
3. Pisah tempat tidur
Anak masuk umur dua tahun dah boleh suruh tidur asing dah. Tapi kau kenalah sediakan tempat tidur yang selamat dan selesa untuk anak anak. Memula tu memang mental. Menguji sungguh. Tapi lama lama InshaAllah, ok ja.
4. Cari dan curi masa untuk spend masa laki bini bersama sama.
Nak senang, ajar anak anak masuk tidur tepat pukul 9 malam selepas mereka selesai solat Isyak. Lepas semua dah ZZ. bolehlah kau dua orang laki bini buat apa apa aktiviti bersama. Tengok tv ka, bergossip ka atau cabut uban yang dah banyak kat atas rambut memasing. Heeee.
5. Belajar komunikasi
Makin lama kahwin, makin kurang gelak ketawa atau cerita. Cari idea. Pastikan tiada rahsia antara kita. Cheewah. Belajar menegur dengan cara yang baik, dan belajar untuk menerima teguran dari pasangan dengan hati yang terbuka. Kalau memasing tak nak mengalah, tu kat dapur tu ada banyak pinggan mangkuk. Jom main baling baling, sayang? Ok. Aku bergurau bab baling pinggan tu. Heee. Suami pun tolong isteri apa apa yang boleh tolong. Isteri pun pandai pandailah mengayat nak minta tolong. Ok. Seriously, yang ni aku dalam proses belajar. Aku kan cengey. Heee.
6. Appreciate
Sentiasa ucap I love You. Bila rasa nak sebut, sebutlah. Tapi janganlah suami kat dalam toilet, kau diluar menjerit I love You sayang. Mau sembelit dia dalam tu. Sentiasa juga ucap Thank you for whatever he/she did for the family. Make your partner feels like they are the most important person in your life bukan Last Resort ya. Kalau ada duit lebih, belikan hadiah. Kalau takda, masak ja lah yang sedap sedap atau special on his/her special day. Everyday pun takpo. Masakan kan pengikat hati dan perut pasangan. Kahkahkah. Eh, betul ni. Tak tipu.
7. Ingat ALLAH, Berdoa pada Allah.
Rumahtangga bahagia atau tak bergantung kepada keberkatan dari Allah SWT. Sama sama perbaiki diri, sama sama berusaha mendekatkan diri dengan Allah dan sama sama berusaha untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga. Together tau. Tak boleh sorang ja.
Suami janganlah sesekali lupa. Bini bukan Superwoman yang senantiasa kuat dan hebat atau Sotong Kurita yang boleh buat semua tugasan serentak dalam satu masa. Bantulah apa yang patut. Ringan kanlah tulang.
A happy wife makes a Happy home, and a Happy home create a happy and healthy life for the children.
Ok. Itu ja. Baby Amin mengamuk nak susu. Sekian.
P/s: Ini pendapat peribadi berdasarkan pengalaman aku sendiri. Bukan aku saja saja suka suka sembang muhong berlagak pandai bagi rotibasi. Tak yah watlecey no.