Monday, July 6, 2009

Hidup Sepi Tanpa Hutang

Soalan pertama. Siapa tak da hutang sila angkat tangan. Aikk. Takda sorang pun. Soalan kedua. Siapa tak suka berhutang sila angkat tangan. Aikk. Lagi takda sekor pun. Siapa tak suka bagi orang hutang duit dia. Hallamak. Banyaknya tangan-tangan.

Ok. Kesimpulan pertama. Jarang sekali dan sangat susah sekali nak jumpa orang tak da hutang dalam hidup dia. Melainkan orang tu dah pencen tak pun dah tua sampai duit banyak sangat melimpah-limpah ke lantai rumah sampai terjulur keluar kat pintu depan. Laaa. Tak simpan dalam bank ka? Kesimpulan kedua dari persoalan kat atas ialah ramai orang memang sangat suka berhutang. Kononnya senang lah. Tak yah bawak duit banyak-banyak. Padahal beli Tie Pin RM39.90 pun pakai Credit Card. Macam pernah nampak ja kejadian ni. Kat mana hah? Sha tolong jawab kan. Ahhahaha. Oop. Dah ingat dah. Dan last sekali mana ada orang suka bagi hutang senang-senang ja kat orang. Manusia sekarang kan dah advance. Lebih kedekut dari sebelum-sebelumnya. Maklumlah. **s sendiri nak kena jaga kan? Kalau melayan dan ikut rentak orang yang suka pinjam duit kita nih, alamatnya habis licin lah duit ringgit yang ada dalam simpanan buat bekalan hari tua nanti. Insha Allah lah kalau panjang umur.

Mana ada hidup ini hutangless...Cashless adalah...Itu sebab kena hutang sana sini. Amboi. Orang yang menulis ni tak da hutang ka? Hutangless? Banyak sangat dah duit tu sampai tak payah hutang. Beli rumah pun cash ka? Eh. Tak. Bukan macam tu. Rumah walau sebarang sebijik pun tak dak lagi . Rumah sekarang ni welfare dari bapak. Kereta pun Cap Ayam Tempatan ja. Kereta yang paling affordable dan mampu dimiliki oleh orang yang baru nak bina hidup berkeluarga at that time. Tu pun hutang tak habis bayor lagi. Ehhehe.

Ni pengalaman aku lah. Berminat sila proceed. Tak minat tak apa. Aku tak rugi pun. Cuma nak share saja experience pasal bab hutang menghutang ni. Dulu-dulu, every time shopping mesti tak mau bayar pakai cash. Pakai Card ja. Kononnya nak kumpul TreatPoints lah. Nak redeem hadiah lah. Ceh. Alasan paling munasabah lah pada masa tu. Hebat sangatkah hadiah yang nak redeem tu sampai tak da jual kat kedai-kedai? Tak hebat pun. Biasalah. Kalau boleh ambil barang dan tak payah bayar satu sen pun sapa yang tak mau kan?

Tapi itu dulu. Semenjak Che Pyan dah betukar ke tempat pekerjaan yang mengamalkan 100 peratus Perbankan Islam ni, sifat tu dah dikikis dah. TreatPoints pun dah tak peduli. Kalau boleh nak hidup yang bebas dari hutang. Tapi apakan daya. Hajat nak tukar kereta yang besar sikit sebab ahli keluarga dah bertambah. Mestilah kena hutang kan. Nak beli cash tak mampu lagi buat masa sekarang. Hajat dihati nak beli dan ada rumah sendiri. Pun kena hutang lagi. Takkanlah nak duduk rumah welfare bapak aku lagi. Tu pun nasib baik dapat husband yang sangat berhati mulia. Takdanya nak duduk free kat rumah bapak mertua. Bapak mertua tak minta pun. Menantu yang sangat baik. Ehhehe. Suami yang baik. I Love u Che Pyan.

Ok. Cerita hutang balik. Pada aku kalau nak berhutang, hutanglah pada benda yang berkeperluan asas untuk survive. Sebagai contoh rumah sebijik ka, kereta sebijik ka atau pada benda-benda yang boleh dijadikan asset barang sebijik. Kalau dah ada rumah sebijik tu maksudnya dah ada keperluan asaslah. Tapi kalau lepas tu hang nak beli pulak rumah lagi sebijik, tu bukan lagi jadi keperluan asas dah. Itu namanya kehendak dan keinginan dah tu. Keperluan dengan kehendak adalah dua benda yang berbeza. Tanpa adanya keperluan kita tak leh survive dengan sempurna. Tak da barang kehendak tak jadi masalah untuk orang yang tahu ukur baju di badan sendiri. I ukur baju sendiri tau sebab I memang pandai menjahit baju untuk diri sendiri dan keluarga tersayang. Ahhaha. Baju kurung aku taulah. Baju yang berfesyen-fesyen mintak mahaplah. Tak habih belajar lagi.

Yang penting, kalau tak boleh nak avoid dari berhutang, please make sure benda alah yang kita beli tu sesuatu yang kita ada kemampuan untuk bayar balik. Tak perlulah nak membazir kan. Macam Che Pyan selalu kata "Kalau ada duit beli, kalau tak cukup duit, nantilah". Sekarang ni nak belajar pun boleh berhutang-berhutang. Senang sangat nak buat pinjaman. Kalau boleh, simpanlah sikit-sikit duit untuk anak-anak dari sekarang supaya nanti besar takyah buat pinjaman pendidikan. Tak pun bagi nasihat kat anak-anak suruh belajar pandai-pandai. Nanti dapat scholarship. Lagi baguskan? Tak yah buat pinjaman. Ni tak. Baru grad saja hutang dah berlambak dah. Mana tak benggrap? Ahhaha. Eh. Aku ni pun ada buat pinjaman PTPTN tau. RM Enam Ribu. Memanglah tak banyak tapi aku memang menyesal sangat-sangat dapat pinjaman tu. Zaman aku belajar dulu, semua orang aotumatik dapat. Bila dah dapat, tahu sajalah. Zaman muda-mudi. Horraylah. Tapi sekarang sudah insaf. Ehhhehe.

Dan lagi satu pesanan : Kalau ada berhutang dengan orang yang jumlahnya mencecah beribu riban, silalah jelaskan sikit-sikit ok. Takkan nak tunggu duit seketul baru nak bayar. Sikit pun tak boleh nak bayar inikan pulak nak bayar lump sum. Ceh.

2 comments:

  1. oohh..me tooo....ehhehehe ;p. Aku pon sama Dua Kali Lima...:D

    ReplyDelete