Monday, April 5, 2010

Jujur pun Salah

Selalu aku rasa aku dah buat yang terbaik dan aku berasa amat puas hati. Seronoklah tiga empat hari. Tapi tiba tiba aku dapat tahu yang ada yang tak berpuashati dengan perangai dan tidak berkenan dengan apa yang aku buat. Rasa macam sedih sangat dan sudah semestinya perasaan I'm useless, I'm such a loser itu ada. Susah sangatkah kalau aku terlalu jujur. Baik pada perbuatan dan jugak facial expression. Aku tak suka pendam perasaan. Aku pun jugak tak suka berpura pura yang aku suka padahal aku tak suka pun. Kadang kadang aku rasa rimas bila terpaksa berlakon semata mata kerana nak jaga hati orang ini dan orang itu. Tapi, for the sake of my CP, aku buat juga.

Maaf. Aku bukan sombong dan berlagak. Nak cakap dengan aku tak perlu belok belok. Tak payah ada bengkang bengkok. Kalau ada sebarang perasaan yang tidak puas hati atau rasa tidak berkenan dengan perangai aku, kenapa tak terus sahaja datang dan bagitahu. Tak perlu guna orang perantaraan. Tak perlu ada orang tengah. Tak perlu bercerita sana sini. Siapa yang rasa gembira bila dikritik? Mestilah tak da kan especially kalau kritikan tu berbaur negatif dan bagi kita demotivated. Takkan kita nak bagi senyuman paling manis kalau orang kritik kita. Mestilah tersentap jugak walaupun tak banyak but still ada jugak kan. But at least this or that person has been honest with me.Walaupun sometimes the truth is bitter, I know and I accept the fact yang tak semestinya I'm 100% sentiasa betul tak pernah salah.

Mungkin aku perlu buat macam apa yang CP suruh. ABAIKAN SAJA, JUST IGNORE, BUAT BODO sudah. Cakap memang mudah. Nak buat, hmmm... Aku cuba ok. Aku cuba. Tak taulah berjaya atau tidak. Tengoklah nanti.

* CP ~ Che Pyan.

No comments:

Post a Comment