Monday, April 19, 2010

Keberkatan

Duit. Duit. Duit. Manusia cepat sangat kelabu mata bila bab duit. Aku pun sama jugak. Kadang kadang tu hati kecil ni terdetap detup jugak nak bersama sama menuju puncak mencipta kekayaan. Tapi selalunya hati yang sebahagian besar lagi berjaya menahan godaan dari menjadi kemaruk dengan duit. Terpulanglah pada diri sendiri. Kita boleh memilih. Kita yang tentukan. Untuk sesiapa yang rasa berminat dan ada masa lapang, bolehlah lawat Zaharudin.net. Banyak sangat info yang amat berguna dan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian terutamanya bab Pelaburan dan Perniagaan. Aku bukan pembenci duit. Tidak sama sekali. Tapi apa yang aku pasti aku tak berTuhankan duit dan hidup aku bukanlah atas motivasi duit semata mata. Ada banyak lagi benda yang lebih penting. Biarlah. Rezeki yang Allah beri pada kami sekeluarga hasil dari keringat dan susah payah serta penat lelah CP membuatkan aku lebih menghargai CP. Aku tahu ada si dia yang sanggup bersusah payah bekerja sehingga lewat malam semata semata untuk memberi kehidupan yang baik untuk aku dan anak anak. Apa yang penting bukanlah pada ganjaran wang ringgit semata. Dalam hidup ni, ada satu lagi yang kita perlukan iaitu KEBERKATAN dari ALLAh S.W.T. Walau sebanyak mana rezeki duit dan wang ringgit yang seseorang tu ada, kalau tiada keberkatan pun tak guna. Rezeki yang Allah beri walaupun sedikit tetapi sekiranya diselit keberkatan dari Allah, InshaAllah, cukup untuk sekeluarga. Malah InshaAllah boleh memberi bantuan lagi pada yang lain yang lebih memerlukan unutk dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment