Last week CP ada course apa ntah kat KL selama 3 hari. Jadi aku ngan anak beranak aku duduklah di rumah senyap senyap. Tapi pun tak berapa senyap jugaklah. Bapak aku ada jugak dua tiga kali mai rumah angkut habis semua anak anak aku bawak balik rumah dia. Rumah aku ngan Gunung Keriang (tempat batu kristal) tak lah jauh sangat. So, hari Khamis lepas bapak aku bawak lah aku ngan Aiman pi sana kononnya sebab nak bagi Aiman tengok monkey dan squirrel. Sampai ja kat sana, bukan monkey ngan squirrel ja ada. Anjing kurrr pun ada. Teruk betul lah manusia yang suka suka hati bela anjing lepas tu bila anjing dah jadi kurr dia main lempaq tauk buang merata rata. Tak sanggup aku nak bagi Aiman bersenda gurau dengan Monkey plus Squirrel plus Anjing Kurrr..Hish..
Masa CP kat sana sempat jugak aku memesan barang dua tiga benda. Nasiblah Sha and Edy sudi tolong carikan barang dua tiga benda yang aku pesan tu dan siap boleh bagi present lagi pulak kat Aiman. Thank you Thank you Thank you so much Sissy and Edy and Alya (sebab tak tak mengamuk) too. Ehhehe. Tapi yang paling aku suka sekali bila Che Pyan bawak balik FA cookies. Kemaruk weh. Aku ngan budak budak 3 orang tu memang suka sangat makan FA. Dah lah kat Aloq Setaq ni tak dak. Eh. Bukan tak dak langsung. Kat Tesco Mergong ada. Tapi tak fresh pun. Kalau kat sana semua yang baru keluar dari oven. Lagi sedap. Ambik aku. CP beli sekilo. Kononnya nak makan sampai muntahlah, tapi tak muntah pun. Sampai hari ni pun tak habis habis lagi. Makin gemuklah aku. Makin seronoklah CP. Makin risaulah aku. Oklah. Aku nak keluau sidai baju. CDs Aiman pun nak kena basuh jugak ni. Satgi dia bangun terberr ke terkennc ke dah nak kena salin lagi. Tata.
No comments:
Post a Comment