Monday, July 26, 2010

Hari Sabtu dan Ahad

Hari Sabtu....CP ngan saya buat benda gila yang tak masuk akal. Hari Sabtu..... Sibok ngan aktiviti sekolah anak. CP jadik MC, saya jadi tukang buat buat sibuk. Hari Sabtu.... Balik rumah mak mertua kat SP. Hari Sabtu...CP bawak dinner kat satu kedai makan kat SP. LeBoss. Environment cantik. Makanan sedap. Hari Sabtu.... Anak anak tinggai sat dengan Nenek dan Mak Teh, Pak Ndak dan Pak Suuuuu.

Hari Ahad...Buat kerja gila lagi. Lagi gila gila. Sampai ayah pun kata. ......'Hangpa dua orang ni berani sungguh no'.... Hehe. Nasib baik tak jadi apa apa. Alhamdulillah. Selamat selamat. Cp lagilah berkobar kobar semangat dia nak buat lagi. Hehe.

Thursday, July 22, 2010

Girlsjustlovetoshop


New Item added..........





Tuesday, July 20, 2010

I am so sorry

I am so sorry to those yang ada email dan tanya pasal items dalam me and my cuz blogshop @ Girlsjustlovetoshop. Memang hari ni baru boleh bukak. So sorry ok. But, kalau lepas ni ada nak order atau nak tanya apa apa pasal the items (miniature and cosmetic), please SMS me or Sha ok. Lagi cepat kami boleh reply. Ok. Again, I am so so so sorry for the late reply. Sila jenguk again ok. I'll be adding new items from time to time. Silalah ya.

Kadang Kadang

Kadang kadang naik meluat dan menyampah bila orang tanya...'Kenapa laki hang tak gemuk gemuk. Orang lain lepas kahwin terus gemuk'.... What kind of question is that? Apakah itu? Saja nak provoke kasi aku naik angin? Untuk makluman, CP tak pernah didera dan aku bukan Queen Control! ...Eh..ya ka?...Sibok apa CP gemuk atau tak. Jeles ka tengok laki aku Slim Shady tak gendut dan boroi? Bukan dia kurus keding macam batang tebu pun yang kecoh sangat nak suruh gemuk. Ada pelbagai reasons yang dapat menjawab persoalan yang totally crap itu tadi. Antara sebab musabab dan pelbagai kemungkinan dan alasan yang boleh diterima akal dan tak perlu dipertikai ialah:~
  • Metabolisme CP tinggi.
  • Sebelum makan CP tak lupa baca Bismillah
  • Breakfast setiap pagi aku yang buat. Aku tahulah apa yang aku masak!
  • CP memang tak suka gula terlebey, minyak terlebey dan jugak garam terlebey
  • Kalau aku masak, dalam seminggu cuma akan jumpa sekali atau dua saja benda yang berlautan lemak dan minyak. Cth ; Gulai atau Masak Lemak
  • Aku memang ambik kisah apa yang dia makan.
  • CP  bukan pelahap. Dia tak makan secara gelojoh macam orang yang tak pernah jumpa makanan.
  • Lepas makan nasi tak da nya  nak jumpa CP terbongkang baring atas sofa. Jangan harap.
  • CP tak makan berselang seli dengan minum. Dia akan makan dulu bagi habis, then lepas basuh tangan baru dia minum. Kalau aku termasak pedas itu dikecualikanlah...hehehehe
  • CP tak minum air one shot. Oh no no. Dia akan minum sikit demi sikit. Jarang ah dia togok melainkan kalau dahaga dan panas yang amat lepas bersukan dan ber apa apa lagilah.
  • Kami jarang makan kat luar. Weekend pun bukan every weekend kami makan kat luar. Kalau makan pun bukan main bedal saja. Tengok jugak nak pesan apa.
Tapi kalau CP kat tempat kerja, itu memang diluar kemampuan akulah. Ada jugak ura ura nak masak untuk CP tapau buat bekal lunch kat office, tapi....hmmm tak berkesempatan lagi nak buat. Kerja CP memerlukan dia rush ke sana ke sini. Bukan duduk melangut mengadap pc kat opis 24 jam. Memang sibok, memang memakan tenaga dan memerah otak dan aku pun sama naik gila. Event dalam sebulan tiga empat kali. Kalau event tak smoooth laki aku jugak yang kena bambu. Mana nak handle event, mana nak ligan target. Target tak achieved sapa nak kena? Laki aku jugak.

Aku ngan CP takda lah nak strict sangat bab makanan makanan ni sampai ini tak boleh, itu tak boleh. Pun makan jugak apa yang orang lain makan. Anak anak aku pun makan jugak fast food. Merengek rengek jugak nak McD. Nak KFC. Nak Pizza. Takpa. CP belikan. Tapi berpada pada lah. Jangan tiap tiap hari pulak. Tapi kalau ini tak boleh makan, itu tak boleh makan, apa kejadahnya? Makan angin sajalah.

Monday, July 19, 2010

Oil and Vinegar...

 Wow Wee. Semalam ke Tesco untuk stock up sebulan punya barang makanan, barang kering, susu anak, susu bapak, susu mak dan jugak barang barang dapur yang lain. Ah. Yang lain tak berapa kisah sangat. Yang kisah sekali ialah pasal Tesco buat jualan murah untuk barang berCap Tesco. Tiga barang RM 5 ada. Satu barang RM 10 pun ada. Gila juling bijik mata. Yang saya suka sekali ialah benda alah kat bawah ni. Sepuluh Hinggit saja. Wow Wee sekali lagi. Botol kaca tahu. Kalau beli kat tempat lain jangan harap akan dapat harga macam ni. Tapi memang seronoklah semalam. Macam macam ado. Sampai juling biji mato.

 
 Oil and Vinegar Set
Comelnyaaaaa......and Cheap!

Weekend: Sabtu

Hari Sabtu adalah Hari Ke Pasar Sedunia. Memandai saja aku. Terbabas sikit pagi tu. Orang pi market pukul 7 atau 8 pagi, saya ngan CP ke market pukul 9.30 pagi. Alangkah indahnya. Nasib baik ada lagi ikan, daging, udang dan segala mak nenek lagi. Kalau tak, satgi balik kena mengail ikan puyu kat sungai dekat rumah lepas tu kutip kangkung kampung kat tepi rumah buat makan tengahari.

Suka gila bila ke market dapat tengok macam macam jenis sayuran, colourful lagi. Saya ni ada perangai pemalas sikit. Kalau boleh bila nak masak, saya nak semua bahan dah siap tersedia dah. Siap dicuci dan sedia di masak. Kalau sekarang nak masak dan sekarang pulaklah baru nak menyiang , membasuh segala bahan bahan memang lepas tu perangai hot and saucy akan datang. Cubalah.

Selalu kalau beli bahan bahan basah, saya akan basuh dan cuci dulu apa yang patut then terus masuk dalam peti sejuk. Kalau nak guna nanti boleh terus ambik saja. Dah jimat masa. Tapi kalau macam sayur sayuran memang leceh sikit sebab tak boleh simpan lama. Kalau saya beli sayur, saya akan basuh dulu, dan lap elok elok bagi kering then baru masuk dalam peti sejuk. Bolehlah tahan paling lama seminggu asalkan tak da air dalam bekas tu. Tapi kalau tengok dah lembik semacam dan dah tak serupa macam masa beli hari tu, silalah buang segera!

Bersedialah kamu untuk dibasuh dan dipotong....
 Hahahahaha.....Hahahahahaha

 
Si Tomato sudah siap


 Si Brokoli dan Si Bunga Kubis menunggu giliran untuk disembelih...
Hahahaha....Hahahaha.....

 Engkau akan ku potong sebentar lagi.....
Kahkahkahkah.....kahkahkahkah......
Aku nak makan....Aku laparrrrr

 Si Tomato duduk baik baik ok.
Sedia untuk dikeringkan dan dilap kasi cuci badan.
Kalau berani bergolek, aku potong 4....Haha

 Semua duduk baik baik ya...
Nanti aku makan kamu semua ikut guliran...
Nyum nyum....
Goreng pun sodap
 
 Menggigillah disitu.....
Bekas eskrem pun jadilah....
Janji ada tempat perlindungan sementara....

 Yang ini memang tak boleh buat apalah.
Bila nak guna baru boleh potong
Kalau tidak samalah nasib dengan Si Tomato, Si Brokoli dan Si Bunga Kubis tadi...Sejuk!


Ada lagi satu cara kalau nak bagi sayur tahan lama. Ni orang rajin saja boleh buat. Orang malas yang sewaktu dengan saya memang tidak sesuai. Caranya:
Masak air sampai mendidih, dalam pada masa yang sama isi satu mangkuk yang besar dengan air sejuk dan berketul ketul ais. Lepas tu bila dah mendidih, masuk sayur dalam air yang mendidih tu. Jangan lama sangat wei. 10 saat saja! Cukup 10 saat, tanpa berlengah, kaut semua sayur tu then masuk dalam bowl yang ada air sejuk + ais tadi. Gaul gaul then tos bagi kering. Lepas tu amik yang mana nak masak atau makan. Yang lebih, masuk dalam peti sejuk. Sayur yang sesuai buat camni macam tomato, asparagus, brokoli, bunga kubis dan macam macamlah. Sayur pun lebih crunchy. Tak percaya? Tak percaya sudah, aku nak blah. Nak main the Sims.Tatata.

Thursday, July 15, 2010

Today, this Kedah born person would like to share few words according to Kedah punya Grammar Book.

TIBAI ~ PUKUL dengan  kuat. My Lil Sis, Tiah sampai sekarang tak boleh sebut tibai. Yang dia boleh utter ialah TIBAL. Memandai saja dia ubah.

BOK ~ Favourite Word yang kami adik beradik suka dengaq bila ayah sebut. BOK itu TILAM. Paling tepat sekali Tilam dari Kabu/ Kapas.

RENYAH ~ SUSAH.

HAWIN ~ BALING. Bukan nama tempat no. Contoh ayat ; '......Saya HAWIN pinggan mangkuk dekat kepala laki saya masa kami berkelai samalam.Terus laki saya pengsan 5 jam.......'
Ini contoh ayat ok. Jangan buat sensasi.

TAUK ~ BUANG. Ehheheh. Macam LAUK pulak bunyi dia.

KELEBEK ~ MENGAMATI. Contoh ayat; '.....Away hang dok KELEBEK muka hang tu kat cermin lama sangat? Aku dah nak naik meluat....'

Ooooops. CP dah sampai. Nak keluar Dinner dua orang. Anak? Kang aku tapau la.... Tatata.

Saya Jadi Emosi Lebih Bila...

Saya jadi emosi lebih bila:
  • Orang argue yang saya tak pandai jaga anak saya.
  • Orang argue kenapa anak saya selalu sakit, anak si polan si polan tak da pernah sakit pun.
  • Orang argue bila saya berkehendak itu, berkehendak ini
  • Orang compare saya dan CP dengan orang lain yang tak da kena mengena langsung dalam saya menguruskan hidup sehari sehari
  • Orang selau buat assumptions yang kadang kadang berbaur macam sebenarnya nak bagitahu tak suka cara saya
  • Orang komen dan condemn saya beli itu, beli ini
  • Orang suka suka nak decide anak saya nak hantar sekolah kat mana
  • Orang suka suka nak buat penilaian atas apa yang saya dan CP nak beli atau buat
  • Orang suka suka nak kata tak boleh itu tak boleh ini, baik beli kat situ, baik beli kat sini
  • Orang suka suka masuk campur dalam urusan rumah tangga saya sehingga jadi macam seorang surirumah yang sangat sangat tak capable dalam nak uruskan rumahtangga sendiri.
Ya. Saya surirumah. Saya sendiri yang pilih nak jadi surirumah. CP saya pun suka saya jadi surirumah. Memang kadang kadang saya ada mengadu letih, penat tapi bila saya mengadu bukan bermakna saya benci jadi surirumah. In fact, saya enjoy jadi surirumah. So, tolonglah jangan argue dengan apa yang kami buat. Biarlah kami yang decide sendiri. Apa apa pun, susah atau senang, penat atau lelah kami yang rasa sendiri. Kami yang tanggung sendiri.


To my Dear CP,
********************************

Wednesday, July 14, 2010

Dengue n Prolonged Fever

My Little Princess, Wina was admitted last Sunday at KMC due to her on and off fever since 29th of June. Masa mula mula dia develop demam tu, me and CP tak berapa risau sangat sebab malam 29 tu kami dah jumpa Dr. dan amik ubat apa yang patut. On the third day, fever dia mula berkurangan dan pada hari yang keempat, dia dah lega. Nak nak tiba tiba esok dia demam balik. Haik.. Mula lah saya pelik. Apa pasai demam pulak ni? Antibiotik pun dah habih. So, saya pun continue sajalah dengan ubat demam yang Dr. prescribed on June 29 tu. Dia bagi dua botol ubat demam. Macam tahu tahu Wina nak deman balik. Yang saya pelik lagi, kali ni dia demam tak da pulak dia kena asthma ka, lelah ka, semput ka, penat ka. Memang tak da bunyi wheezing langsung. Selalu kalau dia demam mesti batuk, mesti selsema, mesti ada bunyi wheeeeeehuuuuu, krooohkriiihh kat dada dia.

Demam dia pun sekejap baik, sekejap demam. Siang bermain malam berdemam. Siang berdemam, malam bertidur sampai nyenyak. Bila  nak bawak pi jumpa Dr. terus kebah sekejap, lepas tu demam balik. Macam main main pulak demam ni.  Lepas tu, makin hari makin pucat muka dia. Kaki ngan tapak tangan pun terus jadi offwhite kalah Clorox Bleach. Dia mula tunjuk tanda nak kena asthma. Batuk mula datang. Kaki pun dah lembik sampai kalau berdiri boleh jatuh. Saya menggelabah biawak. Dah la CP ada hal hari Jumaat sampai Ahad hari tu. Pagi pagi yang tersangat pagi buta on Sunday, saya call ayah ajak bawak Wina pi periksa. On the way tu, sempat lagi Wina muntah dalam kereta. Hehehe. Ooops. Sori ayah. Tak sengaja. Terus rushed ke Emergency Unit. Terus explained from A to Z bagi Dr. faham. Terus Wina kena admitted. Mula mula Dr. suspect Chikungunyalah, Influenzalah, Denggilah and Pneumonia. Herrrrk. Banyaknya Dr.

Lepas X ray, buat Cotton Swab and Blood Tests, tingggg...... rupanya rupanya Wina ada infection kat paru paru and jeng jeng jeng .....DENGGI. Herk herk herk. Memang tak suspect langsung. Tak da tanda tanda macam denggi pun. Dr. pun terkejut. Nasib baik bawak jugak jugak pagi tu ke KMC, kalau tak...hmmm. Cek tak tau lah apa nak jadi kat anak Cek ni. Masuk ward pun masuklah. Janji anak Cek sihat macam biasa balik. Hang pa nak buboh Nebs empat lima kali sehari pun hangpa bubohla, janji anak check sihat sudah. Hangpa nak buat macam mana pun takpa aih.......

Dan Alhamdulillah, Wina dah discharged semalam lepas berkampung 3 hari 2 malam. Paed, Doktor Chua (all time fav paed) memang efficient, very helpful dan jaga patient dia. Nurses pun baik baik dan ramah tamah belaka. Saya rasa terharu. CP mula tergaru garu.

......Nak buat macammana daling, janji anak kita sihat.......

Friday, July 9, 2010

Kantoi

Just now, i was browsing CP punya FB and suddenly one of his friend tetiba buzzzz him. Aiyark! Kantoi. What to do? Heehehehehe. Terus log out pretending like nothing pernah berlaku. Called CP and told him what happened, he laughed and then he asked me to check the msg. What? Suruh check kalo ada important messsage ka apa. Nak buat loan ka hapa. Aiyark. Aiyark and pheeww dia cuma tanya.... 'tak gheja ka?' and I was like hahahaha...lepas ni jangan bukak FB CP lagi time dia tengah keja.

p/s: Tu lah. Aku dah cakap dah. Jangan main game kat FB guna CP punya account lepas tu main hantar gift macam macam dekat orang YoVille. ( Insaf sudah............sekejap..hehehehehe )

Three Days Tahu

My CP will be away for three days. Three days tahu. Lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tak jauh pun. But, since program dia habih sampai tengah malam, dia ZZZzzzZZ kat sanalah. Lagipun accomodation provided untuk semua staff yang mana mana ambil bahagian. So, untuk this weekend, I'll be staying at home with the kids, tak gerak ke mana pun, berehat di rumah, waiting for CP to come back on Sunday. HuWaWaWaWa.

Thursday, July 8, 2010

Bila Lagi..

Siang tadi sempat YM sat ngan Sissy Sha aka my Cuz. Tiba tiba dia tanya soalan cepu emas.... "Bila lagi?". Tak tau nak jawab apa. Kalau ikutkan hati, sekarang jugak pun boleh, sekarang jugak pun nak, tapi nak buat macam mana. It is beyond my control. Belum ada lagi. I'm turning 30 in just a month. Tahap fertility pun dah menurun. Me and him letih. Me and him sibuk uruskan hal masing masing. CP dengan cara dia. Si Surirumah macam cara surirumahlah. Apapun, I thank Allah for everything He has given me. Sooner or later or even a no no at all after this, I accept it with my whole heart.

Monday, July 5, 2010

The Hardest Thing

The hardest thing that I have to do and I'm still doing it untill now is to get rid of my hot headed, bad temper and angry- ish behaviour. Trust me, it's not that easy. The process is soooooo soooooo damn hard and sometimes can be frustrating. But all I know is that, I will keep on trying and do my very best to take control of it instead of it controls me. It's not just for me, for myself. No. It's for everybody all around me especially my dear CP, my kids and my family.

Thursday, July 1, 2010

250 Patah Perkataan

Minggu untuk menonton M.O.V.I.E, download M.O.V.I.E dan tambah kalori. Tidak akan duduk lebih dari 15 minit untuk membaca blog orang secara sembunyi sembunyi dan jugak secara terbuka, mengadap, menggooogle dan mencari gossip gosip panas dalam dan luar negara yang sudah semestinya sangat menghiburkan hati yang gundah gulana, tidak akan membaca thesun.co.uk yang padat dengan cerita sensasi buat sementara waktu, tidak akan membuka FB lebih dari 5 minit( takut terjebak untuk yang ke berapa kali bermain game dalam FB..eeeii..ngeri) meaning ~ saya sudah insaf, tidak akan menulis blog lebih daripada 250 patah perkataan sehinggalah pada suatu waktu yang ditetapkan, Macamlah ada orang kisah pun kan...kekekeke. Tapi, diulangi.... tetapi kalau tetiba lepas tengok movie ada lagi lebihan masa, main The Sims itu sudah pasti. Tata.

P/s: Tidak digalakkan mengira berapa patah perkataan yang telah ditulis untuk entry di atas. Buang masa.