Tuesday, July 20, 2010

Kadang Kadang

Kadang kadang naik meluat dan menyampah bila orang tanya...'Kenapa laki hang tak gemuk gemuk. Orang lain lepas kahwin terus gemuk'.... What kind of question is that? Apakah itu? Saja nak provoke kasi aku naik angin? Untuk makluman, CP tak pernah didera dan aku bukan Queen Control! ...Eh..ya ka?...Sibok apa CP gemuk atau tak. Jeles ka tengok laki aku Slim Shady tak gendut dan boroi? Bukan dia kurus keding macam batang tebu pun yang kecoh sangat nak suruh gemuk. Ada pelbagai reasons yang dapat menjawab persoalan yang totally crap itu tadi. Antara sebab musabab dan pelbagai kemungkinan dan alasan yang boleh diterima akal dan tak perlu dipertikai ialah:~
  • Metabolisme CP tinggi.
  • Sebelum makan CP tak lupa baca Bismillah
  • Breakfast setiap pagi aku yang buat. Aku tahulah apa yang aku masak!
  • CP memang tak suka gula terlebey, minyak terlebey dan jugak garam terlebey
  • Kalau aku masak, dalam seminggu cuma akan jumpa sekali atau dua saja benda yang berlautan lemak dan minyak. Cth ; Gulai atau Masak Lemak
  • Aku memang ambik kisah apa yang dia makan.
  • CP  bukan pelahap. Dia tak makan secara gelojoh macam orang yang tak pernah jumpa makanan.
  • Lepas makan nasi tak da nya  nak jumpa CP terbongkang baring atas sofa. Jangan harap.
  • CP tak makan berselang seli dengan minum. Dia akan makan dulu bagi habis, then lepas basuh tangan baru dia minum. Kalau aku termasak pedas itu dikecualikanlah...hehehehe
  • CP tak minum air one shot. Oh no no. Dia akan minum sikit demi sikit. Jarang ah dia togok melainkan kalau dahaga dan panas yang amat lepas bersukan dan ber apa apa lagilah.
  • Kami jarang makan kat luar. Weekend pun bukan every weekend kami makan kat luar. Kalau makan pun bukan main bedal saja. Tengok jugak nak pesan apa.
Tapi kalau CP kat tempat kerja, itu memang diluar kemampuan akulah. Ada jugak ura ura nak masak untuk CP tapau buat bekal lunch kat office, tapi....hmmm tak berkesempatan lagi nak buat. Kerja CP memerlukan dia rush ke sana ke sini. Bukan duduk melangut mengadap pc kat opis 24 jam. Memang sibok, memang memakan tenaga dan memerah otak dan aku pun sama naik gila. Event dalam sebulan tiga empat kali. Kalau event tak smoooth laki aku jugak yang kena bambu. Mana nak handle event, mana nak ligan target. Target tak achieved sapa nak kena? Laki aku jugak.

Aku ngan CP takda lah nak strict sangat bab makanan makanan ni sampai ini tak boleh, itu tak boleh. Pun makan jugak apa yang orang lain makan. Anak anak aku pun makan jugak fast food. Merengek rengek jugak nak McD. Nak KFC. Nak Pizza. Takpa. CP belikan. Tapi berpada pada lah. Jangan tiap tiap hari pulak. Tapi kalau ini tak boleh makan, itu tak boleh makan, apa kejadahnya? Makan angin sajalah.

No comments:

Post a Comment