Pagi Jumaat ni rasa banyak la pulak masa lapang. Pukul 7 pagi lepas CP pergi kerja, aku dah standby dengan kasut sukan daaa. Kononnya nak jogging la pagi ni. Takdanya jogging pun. Kehkehkeh. Aktiviti berjalan saja pun dah buat aku semput. Semput dado den. Lepas balik dari berjalan selama tak sampai 10 minit, aku lapar. Nasib baik pagi tadi aku dah siap buat nasi goreng ntah apa apa. Dapatlah jugak lapik perut. Anak anak aku semua makan roti canai breakfast pagi tadi kat rumah tok. Hoh. Kenyang lah depa.
Selesai melantak, jenguk tiga empat minit kat kebun kenit depan rumah. Wuuuu. Banyak jugak tomato cherry yang jadi kali ni. Seronok seronok. Pokok kailan pun dah tinggi setengah meter. Sapa nak makan ntah banyak banyak pokok kailan. Sawi adalah dua tiga pokok lagi yang tinggal. Yang lain semua dah selamat masuk dalam perut. Errrrk. Alhamdulillah. Bayam merah ada lagi sepokok. Ntah bila aku nak masak sayur bayam ntah. Tengoklah kalau aku tiba tiba terlebih rajin hari ni. Ada dua tiga jenis lagi sayur yang belum disemai. Tak tau bila nak buat. CP esok tak kerja. Tapi esok ada hal pulak dah. Dah lama dah aku nak tanam bendi kaler merah pulak tapi tak da masa dan tak da tempat. Kalau nak tanam timun pun, kena buat batas dulu. Baru cantik. Tapi itu semua kena buat dengan CP. Aku mana larat nak buat sorang sorang. Tunggu lagi. Huhhhhh.
Lepas selesai dengan kebun kenit, terus ke belakang rumah angkut Bubble. Anak aku nak main sekejap. Kesian Bubble. Bulu kat hidung dia dah takda. Kena gigit dengan Bubbly. Lapaq sangat ka Bubbly sampai makan habis semua bulu bulu kat hidng Bubble. Bila tiga beradik ni dah jemu dah main dengan Bubble, main tinggal ja aku ngan Bubble kat luar. Haih budak budak ni. Terhegeh hegeh lah aku simpan balik dalam cage. Dah. Tiba tiba rasa macam nak main game LifeQuest lah pulak. Oklah. Tata.
No comments:
Post a Comment