Sunday, January 23, 2011

Bukan Nombor Ekor

Pagi Sabtu (pagi tadi laaaa)



CP : Saya nak 8080. Ada lagi tak?
Gadis Kaunter : Errrmm. Nombor kahwin tak boleh lagi ni.
Officer tak dak. Kena tanya dia dulu.
CP : Nombor 80?
Gadis Kaunter : Nombor dua angka pun tak boleh.
Aku : Habis tu nombor apa yang boleh? 1980 boleh?
Gadis Kaunter&: Sat saya check. ( sambil dok tekan tekan keyboard ) Ada.
CP : Tak palah.
Aku : Habis tu, bila pegawai nak ada? Pukul berapa dia masuk?
Gadis Kaunter : Ermmm. Sepanjang hari ni dia tak dak. Pi KL.

Ok. Aku balik. Dengan perasaan kecewa dan sedih keluar dari bangunan yang teruk itu.Tak sampai dua tiga jam, tetiba CP dapat firasat nak singgah semula ke bangunan yang teruk itu. Mana tahu kalau kalau pegawai  misteri yang tidak ada tu tiba tiba muncul.

Cisssss. Cisssss. Cissssssss seribu lapan puluh lapan kali. Aiyarrrk. Aku karate satgi Gadis Kaunter tadi. Hiyyyark. Apahal line panjang semacam saja ni. Pagi tadi kata pegawai tak da sepanjang hari. Tak boleh beli nombor kahwin. Tak boleh beli nombor dua angka. Tiba tiba pulak, dua tiga orang depan aku dapat beli nombor cantik cantik. Cisss. Aku tertipu. Aku ditipu. Kau tipu aku. Waaa waa waa. Nombor feveret aku orang dah amik. Baru ja orang amik. Cissssss. Aku geram. Macam &#@&&^%. Penipu.

Hah. Lega hati aku. Puas hati. Sekarang sudah tenang. Sudah berpuashati selepas sakit hati. Takpalah. Tak kisahlah. Ambiklah. Tak da hal punya. Janji nombor **** ni orang tak usik.

No comments:

Post a Comment