Kadang kadang, kita (aku) selalu terlupa. Bukan sengaja buat buat lupa. Dah nama pun terlupa. Kadang kadang tersasul cakap benda benda yang mungkin mengguris hati dan perasaaan orang tua. Kadang kadang rasa macam diri ni dah pandai sangatlah nak mengatur dan menyusun rumahtangga ikut acuan suka hati sendiri. Kadang kadang rasa macam apa yang orang tua cakap selalu ' tak relevanlah, tak sesuailah, itu zaman dulu lah '. Kadang kadang rasa macam nak buat buat tak faham, teringin jugak nak buat sikap keras kepala, nak jugak tunjuk sikit skill sifat degil yang memang dah ada dalam diri.Tapi, aku siapa? Kalau tanpa mereka dan mereka itu, aku siap?. Tiada siapa siapa. Malahan mungkin tidak menjadi apa apa pun.
Tapi mereka juga perlu tahu. Tahu yang kanak kanak ribena semua akan menjadi dewasa. Semua kanak kanak ribena akan berkeluarga bila tiba masanya. Kanak kanak ribena yang dah dewasa akan punya anak anak ribena sendiri. Akan perlu buat keputusan sendiri untuk kesejahteraan keluarganya. Dalam hidup ada pahit manis. Ada pengalaman yang baik baik dan mendatangkan faedah, ada yang langsung tidak memberi manfaat pun. Semua manusia belajar dari pengalaman. Masing masing tak akan punya pengalaman dan perjalanan hidup yang seratus peratus sama. Tak akan ada.
Dorongan dan galakan memang diperlukan. Apatah lagi doa dan restu dari ibu bapa. Tapi, untuk membuat keputusan, biarlah anak anak yang tentukan.Apatah lagi kalau anak anak itu dah berkeluarga. Ibu bapa mana yag tak bahagia kalau tengok anak hidup aman damai sejahtera selesa. Siapa tak mahu?
No comments:
Post a Comment