Sibuk di rumah kalahkan orang yang menjawat jawatan CEO. Ya, aku sibuk. Syafiyah sudah pandai bergolek golek meniarap dan menggigit benda. Tabiat lama aku berulang kembali. Mungkinkah? Apakah ia cuma andaian semata mata? Oh, tolonglah. Pergi jauh jauh. Neat freak, control freak and health freak. Tidak. Aku dah berubah. I left that freaky freak behaviour years ago. Aku dah belajar terima keadaan aku seadanya. I am no robot. Saya cuma seorang mak saja. SuperMak tu Nasha Aziz. Ehhehe.
Tak perlu ontime semua benda, tak perlu jadual, tak perlu berulang ulang tak perlu stress kalau daily mission failed, tak perlu menyapu atau memvakum rumah setiap dua jam sekali. Tak perlu tak perlu. Itu bukan aku anymore. Labih baik go with the flow. Macam CP kata, 'tak perlu kalot, kita bukan nak naik bot' Yang penting aku tak perlu stress hanya kerana sehelai rambut di atas karpet atau lantai. Syafiyah cuma baru mula meniarap. Dan most of the time, dia cuma zzz atas cot saja. Eh,sat. Aku nak check kalau kalau ada sehelai dua rambut aku terterbang kat dalam cot tu. Oh My Rambut!
No comments:
Post a Comment