Hey awak. Saya nak bagitahu ni. Kalau kita tanak nampak tua dan selekeh macam makcik makcik, kita takyah pakai kain batik. Kan orang dah kata nampak tua sebelum usia. Pakailah macam saya. Pakai jegging ke, legging ke, seluar semua yang color striking kasi nampak menarik sikit.Tudung pun style la ala ala najwa latif. Saya selalu kembang hidung bila orang puji saya nampak macam remajalah, hot mama dan paling saya suka sekali bila orang kata saya ni macam diva. PTTTTUUUUUUIIIIIII.
Terima kasih dan tahniah kepada mak awak kerana berjaya mendidik awak jadi perunding fashion yang hebat. Bravo.
Bagi aku tak perlula tergedik gedik nak tunjuk kata 'hei, aku ni walau dah beranak pinak tetap maintain remaja tau'. Sukahati orang la nak pakai kain batik asal dia masih menutup aurat dari kau tergedik sana sini dengan fashion sense kau tu. Aku tak nampak kenapa kau kena kondem orang yang pakai kain batik. Tahulah kau ni sangat advance dalam bab berfesyen. Seriously, kau tetap meningkat usia walau kau pakai apapun. Itu fakta, jadi berhenti menggedik boleh?
Dari,
Peminat tegar kain batik.
Ok aku tipu. Aku bukan peminat kain batik. Aku baru perasan aku cuma ada 3 helai saja kain batik. Itupun bila ada tetamu datang semalam dan mintak nak pinjam kain batik. Baru terkulat kulat cari dalam almari. Aku peminat dan pemakai legging dan jegging. Dan ya, aku hanya pakai dalam RUMAH saja. Sekian.