Kadang kadang bila berkehendakkan sesuatu yang amat di mahukan more than anything, kita perlu bersabar. Kecewa? Pasti. Redha? Sekejap lagi. Bila difikir fikir dan dinilaikan balik, kepentingan mempunyai itu, adalah tidak relevan dengan keperluan semasa. Bila keperluan dan kehendak bertembung, satu satu jalan yang harus di ambil ialah memilih untuk keperluan yang sudah semestinya lebih bermanfaat untuk semua pihak.
Walaupun kemampuan ada disitu, tidak semestinya perlu melayani kehendak yang dah tentu datang pakej dengan hawa nafsu. Ya, baiklah. Paras kecewa makin turun. Cakap pang pung pang 'I redho You!' memang senang, tapi nak mengikhlaskan lafaz di mulut dan di hati secara serentak, memang mencabar.
Macam yang aku baca kat status SN hari tu. Kalau nak sesuatu tapi takda duit, bersabar. Kalau nak sesuatu, dan juga mampu, pun kena bersabar.
Ok. Baiklah. Kes selesai.