Bila ada suatu isu timbul, kita bukan fikir untuk diri sendiri saja. Alhamdulillah, hidup kamu senang, kerja laki bini. Cukup makan pakai. Alhamdulillah.Aku pun rasa tak dak apa yang perlu aku rungutkan bila bercakap pasal makan minum dan perbelanjaan hidup (for the time being). Tapi, bila bercakap dengan orang tak berkemampuan, tolong jangan cakap suruh duduk diam diam. Terima sajalah pak cik, makcik. Beskal pun beskal lah. Kata orang susah, manada keta kan? Orang dah bagi macam macam. Tak reti bersyukurlah. Eh, cuba kamu duduk tempat mereka.
Bukan cerita kosong. Tapi dengan kenaikan harga minyak, dah pasti harga barang keperluan akan naik. Bukan satu dua, malah boleh kata most of it akan naik. Tunggu dan lihat sajalah. Kita ni hidup bukan sentiasa senang dan bukan selamanya susah. Jangan dok berasa selesa sangat dengan apa yang kita ada. Dok mendabik dada sampai bila? Cakap pandang pandang. Hari ni kita senang, sapa tahu ke depan ke depan hidup kita macam mana nanti. Kau boleh nampak masa depan? Aku tak boleh.
Bukan isu dua kupang saja. Kesimpulannya, bila minyak naik harga barang mesti naik punyalah wa cakap lu, kos hidup dah tentu makin tinggi bhaii. Jenuh jenuh. Yang susah bertambah susah, yang kaya bertambah kaya. Tahniah! Anda mungkin tergolong dalam golongan yang kaya dan berharta. Mampuih mati hidup balik tak nak ngaku terjejas jugak dengan kenaikan harga minyak. Suka hati u lah. Syukur syukur. Nasib baik minyak naik 20 aje. I boleh survive, takkan u tak boleh? What the Fun is this?
Oh, btw kita tak pernah mohon Brim pon, PTPTN meme bayar nak habis dah pun (tqCp), kereta pun cap tempatan, ada Astro tapi yang paling basic, bukan kaki berhutang pun, ada duit kita beli apa kita nak takda duit kita duduk diam diam dalam rumah. Sebab apa aku cakap benda ni? Sebab hidup semua orang tak sama. Keperluan berbeza beza ikut nafsu yang kita ada bila ada lebihan RM sikit dalan hidup.
Encik encik Jerung dan Puan Puan Singa sila jangan suruh orang miskin ikat perut, sedangkan orang yang kaya dan berharta makan dan belanja tak ingat dunia. Duit yang kita dapat belum tentu hak kita 100%. Ini bukan auta, ini fakta.
Kita boleh tulis apa yang kita nak dekat FB, betul atau tidak kebenarannya, hanya kita sendiri tahu. Cakap pang pung pang, tapi hutang keliling pinggang. Renung renungkanlah. Tak nak renung pun takpa. Ini penulisan dangkal dari seorang surirumah saja. Sekupang aku tak rugi. Sekian.