Showing posts with label Public Gold. Show all posts
Showing posts with label Public Gold. Show all posts

Sunday, February 23, 2014

Bila Surirumah Bercakap: Sekeping Dinar, sekeping Dirham.

Tahun lepas, bila orang sibuk sana sini habaq kata emas murah, emas dah jatuh harga, aku pun kalut sama. Mulalah berangan ok nak beli apa Lagipun memang sebelum tu dah berkira kira nak membeli untuk anak anak. Jadi, tanpa berlengah kami ke HJ. Aku dah tentu terus ke bahagian mak nenek gelang tangan, rantai tangan dan rantai. Mak ai. Kelabu mata. Selesai pilih sorang satu benda, Cp datang dan tanya nak beli dak Pamp Suisse. Eh, takda dalam senarai pung.

Aku pun gi tengok. Ok. Bersealed dan ada nombot siri. Cp amik dua ketul dan belek belek tiga empat kali. Kesalahan pertama, tengok barang yang tiada dalam senarai. Baiklah. Dah pegang rasa seronok tanak lepas. Kesalahan kedua, isteri yang pak hangguk macam aku yang selalu kata "ikut abanglah". Kesalahan ketiga, membeli tanpa negotiate harga. Arrrgh. Argggh. Dah balik rumah baru sedar nok. Aku tanya Cp kenapa kita tak minta kurang tadi. Beli barang kemas macam beli baju. Tidak pandai atau kurang kecerdikan. Nasi dah jadi bubur pun. Tak, aku tak nangis. Aku anggap aku kekurangan ilmu. Maka aku dan Cp perlu cari ilmu dan tambah lagi pengetahuan pasal pelaburan emas ni.

Lepas kejadian pahit tersebut, aku ngan Cp googled sana sini cari info pasal emas. Barang yang lepas jangan dok kenang sangat. Takpa. Simpan buat ketui dan kenangan. Kita cari ilmu dulu. Cari orang yang pakar dan berpengalaman dalam bidang ni. Tapi sekala sekali terpandang ketulan Pamp Suisse tu, ada jugak rasa macam nak telan ja. Haiii, kalo ikut hati mati, ikut rasa binasa. Chewah. So, survey sana sini, Cp jumpa satu blog yang menarik dan Alhamdulillah, sekarang aku dah jadi dealer PG. Kenapa aku pilih PG? Sebabnya ialah proses jual beli emas di PG telus, mudah dan tiada syarat merepek repek. Lagipun emas PG tak bersealed, so dia takdala nak letak syarat macam, calar, kemek atau sealed bukak dah jadi used gold. Paham paham le kalo jadi used gold. Kalo nak tolak, spread (susut nilai) boleh sampai 25%. Arghh. Macam Pamp Suisse. 

Dalam banyak banyak jenis emas dan silver di Public Gold, aku ngan Cp lebih prefer Dinar (emas dalam bentuk coin)dan Dirham (silver dalam bentuk coin). Pertama sebab dinar tiada caj untuk transportation cost kalo di semenanjung. So, bayar untuk harga dinar sajalah tanpa kos lain. Lepas tu, spread dinar sangat rendah kalo nak compare dengan yang lain. Dalam 6%++ kalo tak silap. Dirham (silver) pulak ada transportation cost, tapi dalam rm 5 ja untuk setiap seketul. Tapi dirham lebih cepat naik compare dengan dinar dan dirham lebih murah. Sekarang, dirham dalam Rm102 as @ 22/2/2014.



Aku ngan Cp bermula dengan sekeping dinar dan sekeping dirham saja. Aku jadi dealer ni pun secara kebetulan. Sebelum ni memang nak, tapi syarat nak jadi dealer PG kena beli emas RM20k dalam satu resit. Makk aii. Tapi sekarang ada promosi kalo beli emas 100g dah boleh jadi dealer which is way cheaper, so aku ngan Cp amiklah peluang. Niat kami cuma, esp Cp lah dia nak diversified portfolio dia supaya takdalah dia fokus satu dua investment saja. Lagipun emas ni bagus untuk long term. Bezanya kalo jadi dealer, untuk setiap transaction belian emas akan dapat 1%, kalo jual dapatlah dalam 0.5%. Memanglah nampak macam sikit, tapi InsyaAllah sikit sikit lama lama jadi setambun. Takdalah nak sampai membukit emas. Sikit atau banyak rezeki yang Allah bagi, Alhamdulillah. Thanks Cp for everything. Sekian.

P/S: Kepada yang berminat nak diversifed saving ke dalam bentuk dinar/dirham bolehla email ke monecomel@yahoo.com / whatsapp @ +60134372446. Boleh juga terus order kat Public Gold dan letakkan introducer No: PG040439 Munirah Muhamad Hasbullah. InshaAllah nanti kita boleh berkongsi-kongsi ilmu tentang pelaburan emas ini.

Wednesday, February 19, 2014

Bila Surirumah Bercakap : Trade In Emas

Assalamualaikum.
Selamat pagi. Keadaan tenang sikit pagi ni sebab Cik Syafiyah zzZzz. Yeayy, boleh update blog. Hari ni nak cerita pasal trade in emas yang lama dengan yang baru. Aku pun baru tahu. Moga Allah hindarkan kami sekeluarga dari mengamalkan riba.

Kalau dulu kat kampung, selalu jugak aku dengaq dan tengok mak dan tok bertukar barang kemas. Kang dah rasa meluat dengan fesyen lama, nak tukaq fesyen baru pulak. Hat kecik nak pi perbesaq bagi besaq gabai. Oh, sila faham ya. Mostly, orang orang lama memang macam tu. Tapi tahu tak sebenarnya tak boleh trade in macam tu saja.

Biasalah. Benda yang dah diamalkan sejak sekian lama kita dah anggap macam dah sebati dan betul. Padahal cara tu salah. Ada dua syarat utama nak trade in emas.

1. Mesti sama berat timbangannya.
Contoh macam Emak ada rantai emas 20g dan dia bercadang nak trade in dengan rantai emas yang baru. So, berat rantai emas yang baru tu mestilah berjumlah yang sama jugak iaitu 20g. Tapi yang jadi masalah sekarang ialah, bila kita trade in emas lama nak tukar dengan yang baru, kedai akan tolak sampai 25% dari harga emas semasa. Mustahil kita akan dapat beli rantai baru tu pada berat yang sama dengan yang lama dengan duit yang kita dapat  setelah ditolak spread.

2. Serahan dan penerimaan mestilah pada masa yang sama.
Tak boleh tangguh dan mestilah on the spot. Tak boleh la buat, 'ok aku jual barang kemas kat engkau, bak emas kau dulu kat aku, esok aku bagi emas aku dekat engkau' , ataupun 'weh, aku ambik cincin emas ni dulu ek, esok aku bayar '.  Nehi kabhi nehi. No.

Paling penting, nak beli emas dan silver, tidak boleh secara berhutang / ansuran macam kau beli emas hari ini, tahun depan baru kau bayar. Eh, tu lama sangat kan. Maksud aku, beli hari ni, tapi tanak bayar lagi sebab nak tunggu duit gaji minggu depan dan secara ansuran. Nehi also. Cash only babeh. Kau dapat gaji nanti kau belilah. Tapi sebab bila kita beli emas ni, dia memerlukan duit tunai yang banyak, jadi lebih baiklah kita gunakan online banking je. Lebih selamat dan mudah. Takdalah nak usung dua tiga puluh ribu kehulu ke hilir. Kalo hilang, menangis air mata darah. T____T.

Habis, aku tanak rantai lama ni. Aku nak yang baru. Yang up to date. Ok. Ok. Sabar kak. Boleh ja cumanya kena buat macam ni.
Pergi kedai emas. Jual dulu barang kemas yang ahkak dah tak suka tu, then dapatkan cash hasil dari penjualan barang yang lama tu. Then, amik duit tu, ahkak pilihlah barang kemas fesyen apa yang ahkak nak. Kalau emas yang baru tu mahal dari emas yang lama atau beratnya pun lebih, ahkak tambah lah duit dari poket ahkak sendiri. 

Kesimpulannya, tak boleh terus tukar emas lama nak trade in yang baru la la tu jugak. Selesaikan dulu proses jual beli emas lama, dapatkan cash, kemudian baru proceed ke proses jual beli emas yang baru.

Segala permasalahan berkaitan jual beli emas atau trade in emas, boleh rujuk ke ustaz zaharuddin. Apa yang aku tulis dalam blog ini adalah setakat pemahaman aku saja. Sila rujuk pada artikel yang di tulis oleh pakar seperti Ustaz Zaharuddin untuk lebih jelas. Sekian.

Tuesday, February 18, 2014

Bila surirumah bercakap: Pelaburan Emas

Sebagai surirumah, aku mengaku aku agak lemah bila sentuh tentang bab bab kewangan. Bab membeli aku pandai. Tapi, bukan lah bermakna aku kena pegang 'biar papa asal bergaya'. Tak. Aku tak pandai bergaya. Pun aku bukan surirumah comot. Cumanya, bila aku tengok Cp bersungguh sungguh nak beri yang terbaik kepada kami sekeluarga, aku mula alert. Kalau dulu ikut suka dialah nak bukak portfolio apa, nak invest kat mana, nak buat apa apapun untuk investment jangka panjang. Aku tak mahu campur sebab bagi aku dia dah penat kerja, suka hati dialah nak buat apa. Hes the man so he knows what hes doing.

Tapi sejak aku duduk sebelah dia kadang kadang menempel ditepi tengok dia update tu, update ni aku jadi macam 'wau menariknya'.  Dan dari situlah aku start baca blog apa yang dia baca ( Cp peminat http://www.pakdi.net/,  http://www.mohdzulkifli.com/), buku apa yang dia baca (tak semua)dan mula menyibok. Dari malas ke minat dari minat ke teruja. So, bila ada promosi dari Public Gold untuk jadi Dealer hanya perlu beli emas 100g, aku jadi tak keruan. Bukanlah macam 'monkey got flower'. Tak. Ia macam pucuk dicita ulam mendatang. Niat sebenar nak buat pelaburan untuk jangka panjang cuma untuk kami berdua tapi dah alang alang jadi dealer tu, kalau ada orang tanya InshaAllah bolehlah jual.

Kalau Cp, dia lebih prefer dinar. Dinar ni bentuk coin yang comel dan diperbuat dari emas  916. Comel dan bernilai. Bukan apa. Spread dinar lebih rendah kalau nak compare dengan yang lain. Maknanya nilai jual balik tu lebih tinggi kalau spread rendah. Kalo spread tinggi sampai mencecah 25%-30% memang teruklah. Lagipun, 1 dinar bersamaan dengan 4.25 gram. So, takdalah kecik, nipis melayang berbanding dengan nilai 1 gram emas 916.

Anak anak dah balik daa. Cepat sangat van sampai hari ini. Oklah. Nanti aku sambung lagi cerita pasal ni. Sekarang nak mengadap kanak kanak pulak. Sekian.