Sebagai surirumah, aku mengaku aku agak lemah bila sentuh tentang bab bab kewangan. Bab membeli aku pandai. Tapi, bukan lah bermakna aku kena pegang 'biar papa asal bergaya'. Tak. Aku tak pandai bergaya. Pun aku bukan surirumah comot. Cumanya, bila aku tengok Cp bersungguh sungguh nak beri yang terbaik kepada kami sekeluarga, aku mula alert. Kalau dulu ikut suka dialah nak bukak portfolio apa, nak invest kat mana, nak buat apa apapun untuk investment jangka panjang. Aku tak mahu campur sebab bagi aku dia dah penat kerja, suka hati dialah nak buat apa. Hes the man so he knows what hes doing.
Tapi sejak aku duduk sebelah dia kadang kadang menempel ditepi tengok dia update tu, update ni aku jadi macam 'wau menariknya'. Dan dari situlah aku start baca blog apa yang dia baca ( Cp peminat http://www.pakdi.net/, http://www.mohdzulkifli.com/), buku apa yang dia baca (tak semua)dan mula menyibok. Dari malas ke minat dari minat ke teruja. So, bila ada promosi dari Public Gold untuk jadi Dealer hanya perlu beli emas 100g, aku jadi tak keruan. Bukanlah macam 'monkey got flower'. Tak. Ia macam pucuk dicita ulam mendatang. Niat sebenar nak buat pelaburan untuk jangka panjang cuma untuk kami berdua tapi dah alang alang jadi dealer tu, kalau ada orang tanya InshaAllah bolehlah jual.
Kalau Cp, dia lebih prefer dinar. Dinar ni bentuk coin yang comel dan diperbuat dari emas 916. Comel dan bernilai. Bukan apa. Spread dinar lebih rendah kalau nak compare dengan yang lain. Maknanya nilai jual balik tu lebih tinggi kalau spread rendah. Kalo spread tinggi sampai mencecah 25%-30% memang teruklah. Lagipun, 1 dinar bersamaan dengan 4.25 gram. So, takdalah kecik, nipis melayang berbanding dengan nilai 1 gram emas 916.
Anak anak dah balik daa. Cepat sangat van sampai hari ini. Oklah. Nanti aku sambung lagi cerita pasal ni. Sekarang nak mengadap kanak kanak pulak. Sekian.