Assalamualaikum.
Selamat pagi. Keadaan tenang sikit pagi ni sebab Cik Syafiyah zzZzz. Yeayy, boleh update blog. Hari ni nak cerita pasal trade in emas yang lama dengan yang baru. Aku pun baru tahu. Moga Allah hindarkan kami sekeluarga dari mengamalkan riba.
Kalau dulu kat kampung, selalu jugak aku dengaq dan tengok mak dan tok bertukar barang kemas. Kang dah rasa meluat dengan fesyen lama, nak tukaq fesyen baru pulak. Hat kecik nak pi perbesaq bagi besaq gabai. Oh, sila faham ya. Mostly, orang orang lama memang macam tu. Tapi tahu tak sebenarnya tak boleh trade in macam tu saja.
Biasalah. Benda yang dah diamalkan sejak sekian lama kita dah anggap macam dah sebati dan betul. Padahal cara tu salah. Ada dua syarat utama nak trade in emas.
1. Mesti sama berat timbangannya.
Contoh macam Emak ada rantai emas 20g dan dia bercadang nak trade in dengan rantai emas yang baru. So, berat rantai emas yang baru tu mestilah berjumlah yang sama jugak iaitu 20g. Tapi yang jadi masalah sekarang ialah, bila kita trade in emas lama nak tukar dengan yang baru, kedai akan tolak sampai 25% dari harga emas semasa. Mustahil kita akan dapat beli rantai baru tu pada berat yang sama dengan yang lama dengan duit yang kita dapat setelah ditolak spread.
2. Serahan dan penerimaan mestilah pada masa yang sama.
Tak boleh tangguh dan mestilah on the spot. Tak boleh la buat, 'ok aku jual barang kemas kat engkau, bak emas kau dulu kat aku, esok aku bagi emas aku dekat engkau' , ataupun 'weh, aku ambik cincin emas ni dulu ek, esok aku bayar '. Nehi kabhi nehi. No.
Paling penting, nak beli emas dan silver, tidak boleh secara berhutang / ansuran macam kau beli emas hari ini, tahun depan baru kau bayar. Eh, tu lama sangat kan. Maksud aku, beli hari ni, tapi tanak bayar lagi sebab nak tunggu duit gaji minggu depan dan secara ansuran. Nehi also. Cash only babeh. Kau dapat gaji nanti kau belilah. Tapi sebab bila kita beli emas ni, dia memerlukan duit tunai yang banyak, jadi lebih baiklah kita gunakan online banking je. Lebih selamat dan mudah. Takdalah nak usung dua tiga puluh ribu kehulu ke hilir. Kalo hilang, menangis air mata darah. T____T.
Habis, aku tanak rantai lama ni. Aku nak yang baru. Yang up to date. Ok. Ok. Sabar kak. Boleh ja cumanya kena buat macam ni.
Pergi kedai emas. Jual dulu barang kemas yang ahkak dah tak suka tu, then dapatkan cash hasil dari penjualan barang yang lama tu. Then, amik duit tu, ahkak pilihlah barang kemas fesyen apa yang ahkak nak. Kalau emas yang baru tu mahal dari emas yang lama atau beratnya pun lebih, ahkak tambah lah duit dari poket ahkak sendiri.
Kesimpulannya, tak boleh terus tukar emas lama nak trade in yang baru la la tu jugak. Selesaikan dulu proses jual beli emas lama, dapatkan cash, kemudian baru proceed ke proses jual beli emas yang baru.
Segala permasalahan berkaitan jual beli emas atau trade in emas, boleh rujuk ke ustaz zaharuddin. Apa yang aku tulis dalam blog ini adalah setakat pemahaman aku saja. Sila rujuk pada artikel yang di tulis oleh pakar seperti Ustaz Zaharuddin untuk lebih jelas. Sekian.