Tuesday, August 11, 2009

10 Sebab Kenapa Saya Mesti Hormat Ibu Tiri Saya

Sebenarnya boleh saja nak letak Seratus sebab, tapi memandangkan malas nak tulis panjang berjela jela sampai mata pun naik juling nak baca, sepuluh reason pun sudah cukuplah. Ok. Tarik nafas... Hembus perlahan lahan. Tarik nafas...Hembus perlahan lahan. Cukup. Ini adalah senaman sedut udara pagi. Terus ke perkara yang berkaitan tanpa perlu belok mebelok atau merempit kesana sini. Sepuluh sebab kenapa mesti hormat ibu tiri ialah:

1. Sebab dia ISTERI yang sah kepada ayah, bapa, papa, daddy kesayangan dan apa apa lagi ntah panggilan kepada bekas suami kepada emak, ibu, mama dan mummy kesayangan.

2. Sudi menjaga makan dan minum ayah, bapa, papa, daddy kesayangan.

3. Sudi meggosok baju dan mengemas rumah disamping sanggup pulak mengembleng tenaga bersama-sama ayah, bapa, papa, daddy kesayangan untuk menjaga kebersihan dan persekitaran rumah dalam usaha nak mewujudkan persekitaran yang sihat dan membawa kepada keharmonian rumahtangga.

4. Sudi memberi buah fikiran ataupun idea yang bernas kepada ayah, bapa, papa, daddy kesayangan bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan kewangan kerumahtanggaan supaya tidak menyesal dikemudian hari.

5. Sudi menjaga adik-adik yang masih tertinggal di rumah sebab belum boleh kahwin sebab belum cukup umur ditambah pulak tak matang lagi untuk meguruskan kehidupan sendiri tanpa belaian, dorongan, semangat dan bimbingan kasih sayang dari ibu tiri dan ayah, bapa, papa, daddy kesayangan.

6. Sudi untuk bersama-sama berkongsi susah payah jatuh bangun kaya miskin bersama ayah, bapa, papa, daddy kesayangan.

7. Sudi menghulurkan bantuan pada bila-bila masa yang diperlukan. Sebaga contoh nak mintak pendapat; Ini boleh tak? Itu boleh tak? Macamni Ok? Macam tu boleh?

8. Sudi menjaga dan melawat berulangkali dan berkali kali tok kesayangan kami semua di masa tok tidak sihat dan tok senantiasa berangin kus kus.

9. Tok pesan: Kalau kita dulu sesat dipangkal jalan berperangai hodoh dan pernah terlanjur tak sengaja terbiadap terhadap emak, ibu, mama dan mummy kesayangan, dan kemudian memohon ampun balik kepada emak, ibu, mama dan mummy kesayangan, kita tentu akan diampunkan dan dimaafkan. Tapi kalau sesat dipangkal jalan berperangai hodoh dan pernah terlanjur sengaja pulak tu terbiadap terhadap ibu tiri ATAUPUN IBU MERTUA....hmmmmmmm belum tentu lagilah akan dimaafkan. Silap haribulan dipulaukan sehingga buat kita nak lari ke pulau dan dibuat sebagai patung bergerak yang mneceriakan suasana seisi keluarga mereka dan keluarga mereka.

10. SAYA TAK MAHU JADI ANAK DERHAKA fullstop.

Dah selesai pun. Tak panjang pun kan. Mengikut observation yang dibuat, sepanjang ibu tiri berkahwin denganayah, bapa, papa, daddy kesayangan, saya rasa dia sudah membuat yang terbaik untuk dirinya, anaknya sendiri dan jugak kepada kami sekeluarga. Tak da manusia yangs sempurna. Apapun, terima kasih 'mak' kerana sudi menjaga ayah, bapa, papa, daddy kesayangan dan melayan karenahnya yang pelbagai. Terima kasih dari sudut hati yang paling dalam.

2 comments:

  1. camne plak kalo dalam kes kunun²nya ibu tiri yg langsung x peduli dan x de senarai yg telah diberikan tadi? perlu ke nak hormat?
    huh.. kirim salam! x bercakap lebih dikira hormat dari menunjuk kan hormat dgn cara memaki²..

    ReplyDelete
  2. Sha..lebih baik kita berdiam diri dan menjaga tatasusila kita yang memang telah dididik dengan baik oleh ibu yang tersayang yang memang kelasss dari melayan orang yang tidak ada kelasss, tidak tahu malu dan tidak reti membagi salam menyibuk menyempit nyempit dan suka menyalak dan berteriak sana sini menjaja cerita serta seronok melihat rumahtangga orang porak peranda..... That kinda step mum...hmmmm...i cannot say more...

    ReplyDelete