Thursday, August 6, 2009

Aku Sibuk Aku Malas Aku Macam macam

Lately, tak da semangat nak tulis apa apa pun. Aku sibuk. Wah. Kalah orang bekerja nampak. Buat apa ntah. Aku malas. Lebih malas dari kerusi malas yang ada kat rumah sapa sapa yang ada kerusi malas. Rumah aku takda ok kerusi malas. Tahap apa ntah. Aku macam macam. Macam apa ntah. Lepas selesai baca blog yang tersenarai, aku jadi malas. Wuii. Rajin sungguh lah. Especially Sissy Sha. Kerap sungguh mengupdate entry. Aku? Malas. Tak dak tenaga. Tenaga dah habih.

Semua ni pasal main The Sims lah. Adikku yang terchenta dengan selamatnya dah selesai install habih semua expension, add onn hah sebut saja segala mak nenek yang ada dalam The Sims. Nasib baik aku tak main The Sims 3. Dah la kena update online pulak tu. Remeh temeh ni aku paling tak mau. Buat lambat. Baik aku main The Sims yang dok ada ni sampai muntah. Nanti kalau dah muntah hijau, bolehlah consider nak main game yang lain pulak. Tapi jangan bimbang. Joanna Andrew yang beralamat di Veronaville tetap dihatiku. Ehhehehehe. Dan tak lupa jugak John Crisper yang tinggal di kawasan perumahan Heavenly Heaven yang bersebelahan dengan rumah Antonia yang besar gila sebab main cheat duit jadi berlambak dah tak tau nak buat apa dah dengan duit tu. Ahahahahah.

Hah hah hah. Semput sekejap. Gelak banyak sangat lah ni. Ok. Tenaga sudah habih. Tangan sudah letih. Perut sudah lapar. Entry yang tidak bermanfaat langsung. Sengaja di publish untuk mengasah bakat sekali sekala menulis blog secara merapu dan tidak berfaedah langsung. Sekian. Tata. Titi. Tutu. Aku mau makan.

2 comments:

  1. dah tahu dah...sebab aku pon macam itu..kekekeke...

    ReplyDelete