Thursday, March 3, 2011

Pergi Jahanam

Pergi jahanam. Aku rasa ini saja ayat yang paling sesuai untuk lelaki alias suami alias jantan yang tak guna selepas menonton rancangan 360 semalam. Ada isteri alias bini kat rumah. Tapi tetap jugak nak jejak kaki ke sarang maksiat semata mata nak berpoya poya dengan perempuan lain yang jauh lebih muda alias GRO ( Officer konon). Boleh bayang tak. Selepas puas bersenda gurau, bermesra mesraan malahan berzina (tanpa protection pulak tu.....bang kondom mana... tak takut HIV ya bang) dengan perempuan yang bukan isterinya alias bini tak sah taraf, balik rumah buat muka seposen mintak bini layan pulak. Tak guna punya jantan. Entah pakai protection tak masa bersenda dengan GRO dari kelab dangdut tadi. Mana penyakit AIDS tak merebak dengan berleluasa. Kesian bini kat rumah. Kena aniaya dengan suami sendiri. Tak guna punya suami. Tak kan takda perasaan langsung. Cuba lihat anak anak. Cuba lihat betul betul. Kenapa buat kat orang yang dikasihi macam tu. Kesian anak anak yang dapat bapak kaki dangdut dan kaki betina. Kesian kat isteri dapat suami mengong macam apa ntah. Suka benar buat maksiat. Nauzubillah.

Itu kisah orang tua ke kelab dangdut. Ini kisah remaja ke kelab malam pulak. Under age pun bole masuk kelab malam. Yang dah terlebih umur tu lagilah depa masuk.  Hish. Apa ni. Sekolah pun tak abis lagi. Bangga pulak tu cerita kat wartawan dapat pergi clubbing. Setan punya perangai. Lelaki perempuan semua sama. Agama Islam pulak tu. Mana maruah kita. Tak malu betul. Alasan: Release tension. Release tension kepala bapak kau. Lepas tu siap kata WAJIB pergi clubbing. HARUS minum arak. Bengong. Kalau tak pergi clubbing, tak senang duduk. Bagus. Jadilah bodoh macam orang tak ada akal. Teruskan hidup dengan kebebalan dan kebodohan yang dicipta sendiri. Ya lah. Macam kau katalah. Hidup ni hanya sekali. Enjoy sajalah. Kalau mati katak pun takpa masa buat maksiat. Kan kau kata kubur masing masing. Eh, ni yang cakap macam ni manusiakah atau setankah atau apakah.

Tolonglah. Menjadi jadi dah sekarang. Tak da segan silu langsung. Cakap macam orang tak da agama. Gila apa ni. Aku sendiri pun malu bila dengar jawapan dari manusia bebal macam ni. Tolonglah. Hidup ni bukan hanya untuk berhibur semata mata. Banyak lagi benda dalam hidup yang kita boleh buat. Yes. Life is short. But, please live your life to the fullest dengan buat benda yang bermakna dan berfaedah yang boleh dibawak bekal untuk kemudian hari. Jangan menyesal sudaa. Segala yang baik datang dari Allah. Tata.

No comments:

Post a Comment