Apa tu bahagia. Ada orang dapat kasih sayang sahaja pun dah cukup bahagia. Ada yang dapat makan minum pun dah rasa bahagia. Ada yang dapat pakai baju , kasut, beg dan barangan branded yang mahal dan meletop letop pun rasa bahagia jugak. Sihat pun bahagia. Dapat buat ibadat dengan sempurna pun bahagia jugak. Ada sesetengah bila tengok muka pasangan dan anak anak pun dah bahagia. Tak sama kan. Bagi aku, bahagia adalah subjektif. Kadang kadang kita bahagia sebab certain benda. Kadang kadang kita rasa bahagia sebab benda yang lain pulak. Bahagia ni tak statik. Bahagia boleh berubah menjadi tak bahagia. Mula mula bahagia dapat berkahwin dan punya anak. Lepas tu tiba tiba terasa tak bahagia sebab pening dengan belanja rumah yang tak pernah nak cukup, balik kerja anak anak buat bising bagai ada party dalam rumah, bini pulak buat mulut muncung tiga empat depa sebab penat atau ada benda yang diminta tak dapat, suami pulak asyik asyik nak tengking mengamuk bagai Incredible Hulk sebab rasa dah tak selesa dengan keadaan rumah dan persekitaran yang memang tak cool langsung untuk dia yang baru balik dari tempat kerja. Fuh.
Kenapa Mone. Hang tak bahagia ka.
Eh. Tak. Tak. Aku tulis entry ni bukan sebab aku nak bagi tau yang aku bahagia atau tak. Kan bahagia itu subjektif dan boleh bertukar jadi tak bahagia dan boleh bertukar balik jadi bahagia dan so on and so on bla bla bla bla bla blueek. Macam kalau hari ni CP bagi hadiah dekat aku buat aku sampai tersenyum sampai ke telinga, tapi esok pulak dia tak mau belikan aku rantai emas yang labuh ke perut yang dah lama aku nak (ini contoh, tahu) mungkin aku rasa tak bahagia sebab aku rasa CP tak sayang kat aku. Hehehe. Tapi kalau betul aku minta rantai yang labuh sampai ke perut, mau CP amik rantai basikal (wow) anak aku buat present. Hahahah.
Kesimpulannya, bahagia atau tak, kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Hargai apa yang kita ada. Terima seadanya pasangan kita. Redha dengan apa yang Allah beri. Itu baru bersyukur. Bahagia atau tak bahagia, kita yang tentukan. Persepsi kita yang meletakkan kita di mana. Tata. Nak main The Sims 3 dulu ya.
No comments:
Post a Comment