Monday, March 28, 2011
Selamat Tinggal Celkok
Terima kasih atas layanan dan kasih sayang yang tidak terhingga sepanjang kita bersama sama. Walaupun engkau sungguh lembab selembabnya, aku tetap menjaga hubungan kita dengan penuh kasih sayang sepanjang kita bersama sama selama dua tahun ini.Tapi, hubungan kita cukup setakat ini saja. Cukup. Aku dah tiada daya. Usah merayu aku lagi. Jangan tabur janji manis engkau yang seperti coklat semi sweet itu. Aku tak suka. Enough is enough. Maaf. Sekarang aku dah berjumpa pengganti engkau. Aku dah moved on. Hi hi Bye bye Celkok. Engkau memang lembab. Bak kata Wina, engkau lembab macam siput. Cukup di sini. Fullstop. Eh lupa. Hi Waimek.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment