Monday, December 15, 2014

Bersyukur atau nak 'bragging'?

Nikmat yang Allah bagi amat luas. Tak perlulah kita secara terbuka mengucapkan syukur atas nikmat yang Allah beri dalam hidup kita tapi dalam masa yang sama kita senang senang membuat kesimpulan atas hidup orang lain atas kesusahan dan kesempitan yang sedang dialaminya. Setiap manusia ada pelbagai ujian yang Allah beri berbeza beza. Ada yang diuji dengan kesenangan dan kemudahan. Tapi tak bermakna yang beroleh kesenangan dan kemudahan itu boleh memperleceh hidup orang lain.Kita semua diuji. Kita sedang diuji. Tapi bagaimanakah resistance kita? Kita tak kebal. Manusia memang makhluk yang lemah.

Allah beri nikmat hidup berkeluarga dan pasangan yang baik, bagaimana kita meghargai mereka?
Allah beri tubuh yang kuat, sihat serta rupa paras yang sempurna, bagaimana kita menjaganya?

Hidup ni bukan untuk diangkat angkat atau untuk dipuji puji. Kadangkala kita merasakan hidup kita sempurna, kita cukup segala galanya, semua yang kita nak boleh beli dengan wang ringgit yang kita ada. Tapi untuk hidup dengan hati yang tenang, perlukan usaha. Rasa damai dan tenang bukan boleh dibeli dengan wang ringgit. Hati dan perasaan pun bukanlah barang yang boleh dibeli di pasaraya. Kalau boleh beli, lama dah dunia ni bebas dari pesakit mental akibat tekanan perasaan. Hmmm. Oklah. Nak menanak nasik pulak. Sekian.

No comments:

Post a Comment