Selamat siang. Hari ni hujan lebat. Terpaksa bergelut dengan kain baju setinggi gunung Kinabalu. Pening. Apa boleh buat. Accept, adapt dan improvise. Mungkin selepas ni aku terpaksa gantung baju di hujung blade kipas untuk mempercepatkan proses pengeringan. Ataupun aku boleh sidai di serata tingkap. Eh, nanti apa pulak jiran tetangga kata. Kang tak pasal pasal pegawai imegresen datang ingat ada PATI kat dalam rumah ni. Nehi. Loklaq.
Biarlah kain baju tu semua. Kalau cepat kering Alhamdulillah. Kalo tak, tunggu sajalah. Cuti sekolah dah hampir ke penghujung. Sekejap ja kan. Rasa macam baru semalam anak aku dengan muka sengih paling panjang sampai ke telinga, balik dari sekolah bagitahu cuti sekolah selama sebulan setengah. Wow. Dan kemudian bermulalah hari hari cats and dogs, kau pukul aku, aku pukul kau balik lepas tu tak sampai lima minit bergaduh dah berbaik dan main bersama Sahibba atau Millionaire, then tak sampai sepuluh minit bermuafakat bermain tetiba kau curi duit aku, aku curi duit kau balik atau kau main tipu, aku nak tipu balik. Hishhhhh. Phewww. Anak anak. Penat aku tengok depa main. Banyak sangat drama. Nasib aku bukan peminat drama bersiri. Kalo tak, jenuh tercungap cungap aku tonton setiap episod yang pasti akan men'trigger' heart attack.
Harini, Amin dah masuk 6 bulan. Yeay. Dah boleh bagi solid food. Mungkinlah nasi putih atau oat yang dikisar halus. Tak dapat ilham lagi. Sekejap lagi bila dah berangkat ke dapur, dapatlah ilham kot. Hahaha. Ok. Ini dia Encik Amin. Sekejap ja dah besaq.
Persediaan barang ke sekolah hampir selesai. InshaAllah, Aiman akan mula bersekolah rendah tahun depan. Tujuh tahun dah umur Aiman. Macam macam input dah yang Kakak Wani dan Kakak Wina buh dalam kepala Si Aiman. Tak taulah. Tengoklah macammana nanti. Oklah. Nak perabih chores yang sekian lama dok tunggu. Lagipun Amin tengah ZZzzZZ. Baik aku segera bertindak. Kalo tak, dengan aku sekali hanyut ke Dreamland. Sekian.
No comments:
Post a Comment