Wednesday, April 20, 2011

Saka..... ?

Hidup dalam zaman moden ni pun kadang kadang tak semua moden pun sebenarnya. Ya lah. Sekarang semua dah canggih manggih. Manalah kita nak pandang ke belakang lagi. Begitu jugak pandangan aku. Masa aku kecik kecik dulu takda pulak mak aku hidangkan telinga ni dengan cerita yang menakutkan dan mistik mistik. Jangan harap nak dengar dari mulut mak aku. Memang tak da peluang lah nak tahu. Tapi tok aku bidan kampung. Dia mengurut sebelum dan selepas bersalin, patah kaki, terseliuh kaki, sakit urat dan masalah masalah dalaman yang pelbaga. Selalu ramai jugaklah orang datang rumah tok aku untuk berubat. Kadang kadang kena ikut turn. Aku dulu selalu tertanya tanya jugak dalam kepala otak aku ni. Betul ka tok aku boleh mengubat orang. Apa benda yang dia baca. Berkesan ka. Ntah. Aku tak tahu. Tapi masa aku form 3, aku ada masalah sikit dan masa tu pulak aku balik satu family ke rumah tok aku. Dia pun mintaklah nak tengok apa masalah aku ni. Alhamdulillah, lepas buat rawatan selama tiga hari, aku dah lega. Aku pun takda peduli nak tanya dan tengok apa benda yang dia buat dan letak dekat aku. Biasalah. Budak budak kan. Ya lah. Zaman aku tingkatan tiga dulu memang perangai cam budak sekolah rendah. Bukan macam budak sekarang. Baru tumbuh jambul, dah berlagak macam budak budak dewasa konon. Oklah. Aku dah menyimpang ni.

Sambung balik.Sekarang tok aku dah berumur dah. Baru lepas buat pembedahan buang katarak. Semenjak tu lah perkara pelik terjadi. Biasalah. Baru lepas operate kan. Mana boleh buat benda berat berat, angkat benda berat lebih dari tiga kilo dan jugak tunduk menunduk. Jadi, tok aku duduk dan berbaring sajalah. Masa nilah dia mula dapat simptom simptom pelik. Dia tak boleh tidoq. Kalau masuk tidur awal, dalam pukul sepuloh sebelas tu dia akan bangun terus tak boleh tidoq dah. Pergi klinik, pergi hospital, makan ubat tidur, makan ubat penenang (dia suka jadi menggelisah dalam waktu waktu tertentu) pun kata tak da apa apa. Buat ECG, buat apa benda ntah lagi. Memang tok aku sihat wal'afiat. Pelik kan. Pergi berubat tradisional, rupa rupanya ada saka. Aku ni memang tak percaya benda benda yang superstitious ni walaupun tok aku selalu cerita. Kalau pukul 11.30 malam pun aku boleh lagi lepak belakang rumah tengok rabbit padahal tok aku dah berapa kali pesan jangan buat camtu. Aku ni ketegaq. Tapi, kadang kadang ada jugak rasa seram sejuk bila duduk sorang sorang esp bila terpaksa bangun pagi pagi buta seorang diri semata mata nak siapkan kuih bergulung. Ada sekali aku pernah ternampak macam ada orang bediri dalam tiga empat kaki dari aku masa aku tengah sibuk menggoreng. Mula mula meremang jugak lah bulu roma. Rasa nak terkencing pun ado. Hish. Pas tu, aku pikiaq balik, kalau aku tak kacau dia, kenapa dia nak aku. Aku pun kata kuat kuat. Pi sana. Aku tak kacau hang, hang jangan kacau aku. Macam berani kan aku, Padahal nak ja aku cabut lari masuk tidur balik ngan CP tinggalkan kuali tu suruh masak sendiri. Mana boleh kan.

Aiman pun pernah jugak tiga empat bulan lepas, suka sangat merepek tunjuk tunjuk kata ada hantu kat curtain dalam bilik. Dah la aku ni penakut. Macam biasa. Modal aku....Pi sana. Aku tak kacau hang, hang jangan kacau aku. Jangan kacau anak aku. Ntah lah. Tak tau sampai bila benda ni nak habis. Ada jugak tok aku bagi dua tiga kerat ayat suruh amal, tapi aku tak pernah amal pun. Eh, sebelum tu aku nak bagi penjelasan. Tok aku sebenarnya dia tak sedar pun dia ada saka ni. Bukan dia yang nak. Benda ni datang tiba tiba. Dah lama dah. So, sekarang ni, keluarga aku dalam proses nak buang lah benda benda ni jauh dari kami. InshaAllah. InshaAllah. Harap tok aku dapat jalani kehidupan dia macam biasa balik. Adik aku pun ada buat entry pasal benda alah ni kat sini

Monday, April 18, 2011

Tahukah Engkau....

Di saat engkau bergelak ketawa bersuka ria, tahukah engkau ada ramai lagi manusia di sana dan disana yang berada di dalam kesedihan dan dalam kesusahan.

Di saat engkau meneguk air haram dan makan makanan yang tidak halal, tahukah engkau ada ramai lagi manusia di sana dan di sana yang masih kelaparan dan kebuluran dan mungkin hanya berkongsi seteguk air dan secebis roti sesama mereka.

Di saat engkau berfikir untuk membeli sebuah beg atau sehelai baju atau sebuah jam tangan yang setiap satu berharga beribu ribu, tahukah engkau ramai lagi yang diluar sana dihimpit kemiskinan, hidup melarat atau hidup dalam gelandangan. Kais pagi makan pagi. Bersyukurkah engkau?

Di saat engkau berkira kira mahu mebina sebuah  rumah bak istana begemerlapan dan indah serta hebat di pandangan mata, tahukah engkau masih ada ramai lagi diluar sana yang tidak berumah, merempat dan kadang kadang berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit. Dapat tidur pun sudah satu nikmat untuk mereka mereka ini. Ya Allah.

Di saat engkau mahu bermewah mewah dan bermegah megah dengan kekayaan dan kesenangan yang Allah kurniakan kepada engkau, tahukah engkau masih ramai lagi yang terpaksa mengemis , menadah tangan, menbuang rasa malu semata mata mahu megalas perut dari sehari ke hari.

Aku cermin diriku. Aku lihat diriku dalam dalam. Aku selami diriku dengan sejelasnya. Aku malu Ya Allah. Malu padaMu Ya Allah. Selalu meminta minta padaMu. Apakah aku benar benar mengikut jalan yang betul . Bagaimanakah cara aku berterima kasih padaMu Ya Allah. Aku malu dengan sikapku. Ampunkan aku Ya allah. Aku hambaMu yang selalu lalai. Selalu mengikut nafsu.Ampunilah aku Ya Allah. Bantulah aku untuk berubah. 




P/S : Try out rock climbing at #MadMonkeyz ! It will improve your health and it is really fun. #MilkADeal

Dilema seorang mak budak darjah satu.

Had a little chat with darling Wani at the table during lunch. Tanya dia how's her schooll. Seronok dak? Ada kawan dak? Rehat dengan siapa? Makan apa? Beli apa lagi. Macam PI pulak aku ni. Saja ja nak tau. When I was at her age, mak aku takda la pulak terlebih sibok. Semua nak tau. Bukan sibuk, cuma ..tahap curiosity yang terlampau saja. Sekarang darjah satu pun dah ada periksa nak tentukan kelas. Kalau teruk, kena turun kelas lah. Kalau bagus, maintain lah kat situ sampai standard 6. Itupun kalau dapat perform lah. Mula mula masa Wani masuk sekolah dulu, aku tak da nak kepochi sangat pasal kelas nombor satu, kelas nombor dua ni. Tapi bila dah lelama tu, aku jadi terlebih lebih pulak. Nak anak masuk kelas nombor satu. Ok. Dah masuk. Nak anak dapat nombor satu. Erkkk. Ni aku tak tau. Result periksa belum keluar lagi. Aku malas lah nak push Wani lebih lebih. Nanti dia tak seronok pulak. Macam terpaksa. Dilema.


P/s:  We, orang Msia has the most FB friends. Wouldn't it be great if we are all united & make Msia the FB capital of the world? 

Friday, April 15, 2011

Bila aku start pakai baju Si dia....

Phew wiuuuu wiuuu. Baru ja settlekan kanak kanak ribena ni punya lunch. Macam macam. Aku cam biasa. Makan nasi sesenduklah konon. Konon nak kuruslah kan. Tapi tiba tiba tengok anak anak aku tambah menambah nasi ni, makin terliur pulak aku. Sudahnya, aku yang dari tadi satu senduk tukar jadi sepinggan. Macam bukit pulak tu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak melantak hmmm, jawab sendiri. Aku memang malas nak diet diet ni. CP pun tak berapa berkenan kalau aku cekeding macam cekedee. Dia tak suka. Tapi aku suka. Habih semua baju aku dah jadi sendat macam nangka. Semalam, keluar dating ngan CP pun terpaksa pinjam baju dia. Kesian kat aku kan. Rasa rasanya lepas ni kena ada ops closet lagi sekali. Sekali gemuk, habis satu almari aku punggah. Kejam kan hidup ni kalau kita ikut nafsu.

CP, I lap u. But i don't want to be fat. I'm sorry. Sikit ja nak kurangkan kegemukan. Sikit ja. Boleh kan.Terima kasih.





I love my life

Dilahirkan kat kampung, dibesarkan di merata rata tempat, berpindah randah macam bapak aku kerja askar pulak padahal bapak aku kerja ngan swasta. Seronok. Seronok sebab dapat ramai kawan. Kawan kawan jadi banyak masa kecik kecik dulu.

Sekarang, dah menjadi ibu kepada tiga kanak kanak yang comel dan isteri kepada lelaki yang dicintai dan disayangi dan jugak menajawat jawatan sebagai surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah. I could not ask for more. Eh , macam lagu Edwin McCain kat bawah ni.

 

Banyak gila benda yang aku belajar sepanjang 8 tahun aku kahwin. Being married to the person that you love so much makes u wanna try to do things that is beyond your limit. It's true man. Though me and him are sooo completely different, we managed to get along well dan learn to give and take with each other. Of course ada disputes and so, but semua tu benda kecik and can be settled sekejap ja if one person is willing to give in. Mengalah bukan untuk kalah. Lagipun he's the King of My Heart and he will also do the same thing for me coz I know he loves me. Kan kan kan. 

Ok, Enough of this romantic tingling ketiak things, hahaha... I'm sure nobody care kan. It's just a reminder for me to ALWAYS be thankful to Allah for He has given me such a wonderful family, wonderful life, wonderful people around me and being blessed with good health for me to be able to perform my duty towards Him, my CP, my kids, my family my loved ones. Thank you Allah.

Thursday, April 14, 2011

Bila orang kata ada telur tiruan, aku pun takut jugak. Sama macam kamu.

Yeah. Semua orang freaked out pasal telur tulen vs telur palsu. Aku pun sama macam orang lain jugak. Aku pernah tengok dalam YouTube cara cara nak buat telur sintetik aka telur tiruan ni. Macam mudah sangat ja. Selalu aku kalau beli telur dalam sepuluh bijik saja untuk seminggu dan semestinya aku akan beli telur NutriPlus atau QL yang antibiotics free, takda synthetic coloring and natural feed. Memanglah mahal dua tiga kupang dari telur satu tray tu tapi kita kan nak bagi family kita makan. So, kesimpulannya tepuk perut tanya nak makanan macam mana.

Monday, April 11, 2011

The Flying Capati

Pagi Ahad ke Zeefee bersama CP dan Little Aiman. Wani dan Wina ke sekolah. Kebetulan CP nak berjumpa kawan dia kat situ jugak. Aku makan roti sardin ngan air suam saja. Little Aiman makan roti kosong dengan ribena masam tak sedap. CP cam biasalah. Capati dua ketul dimakan dengan kuah daging yang sedap ngan Radix suam segelas. Khusyuk betul aku tengok CP makan. Berselera macam dah sebulan tak jumpa capati padahal tiap tiap minggu tu breakfast wajib CP. Heheh.

Macam malas ja nak tulis entry ni. Esok esok lah aku sambung. Tu pun kalau aku nak sambung. Yang pasti semalam memang ada Capati Terbang. HikhikhikKahakahakahakhakhakahkah. Biar aku ngan CP sajalah yang gelak. Hahahahahahahahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhahahahaahahahah. Ok cukup. Tata. Nak main The Sims 3 pulak. Mana aci adik aku dah boleh ada bini. Aku pun ndak jugak. Tak boleh tak boleh. Aku mesti menang.

Friday, April 8, 2011

Jangan sekali kali

Jangan sekali kali tinggalkan kanak kanak bermain berhampiran benda yang berskrin.

This is what happenend when you ignored that message.




Sekian. Terima kasih. Tata.

Wednesday, April 6, 2011

Jom date tonight darling

Dear Darling,
Last week was a blast. This week is equals to sooooo frustrating. I am so sorry my LOVE. Jom date tonight darling. Just the two of us. No kids and no serious talk. Let's just go out, have fun and enjoy good time together.


pic credit:  link
See you tonight darling..

Mahal atau Murah. Mana satu pilihan hati. Mana satu idaman kalbu.

Kadang kadang bila tengok barang yang mahal mahal, teringin benor nak beli dan buat barang simpanan. Rasa macam saat tu jugak nak tarik tarik baju CP singgah sekejap mencuci poket. Tapi jarang sekali aku buat macam tu. Boleh kira dengan jari berapa kali aku buat fi'il tak elok tu. Masa barang tu display kat kedai, ditambah dengan lighting yang terbaik dah tentulah akan terhasil effect yang sangat debom. Tapi, bila dah beli bawak balik rasa macam barang yang kita beli tu macam buruk la pulak. Dah lah buruk, warna macam hodoh pulak tu. Mari kita lihat siapa yang kena. Tentulah aku. Aku yang tertipu. Padan muka aku. Itu cerita barang mahal.

Kalo barang murah pulak, kadang kadang bila kita tengok taklah berapa cantik pun. Ala. Biasa biasa ja. Tapi bila kita terbeli jugak dan bawak balik rumah, tengok tiga empat kali rasa macam comel pulak. Rasa macam cantik sangat benda tu. Betul. Benda ni selalu terjadi dekat aku. Orang lain aku tak taulah kan. Sendiri punya citarasalah kan.

Personally, bagi aku mahal atau murah takda hal pun. Tak payah pening pening. Kalau nak yang berkualiti dan tahan lama dan jugak nak pakai lelama dan jugak ada fulus, belilah yang mahal. Aku sokong. Tapi, kalau perangai jenis ini yang sejam skali mau tukau baju, sejam sekali mau tukau kasut pulak dah, sejam sekali nak tukau handphone lain pulak budak ni tapi fulus takdak yang hang kira nak berlagak parading yourself di depan orang lain dengan bangganya, kau paham paham sajalah kan. Terpulanglah. Duit kau banyakkan. Sukahatikaulah. Bukan duit aku. Mungkinlah yang mahal akan dapat warranty atau guarantee, tapi kalo yang murah pun takdalah  masalah sangat  pun Cik Gayah oiii. Kalo rosak, belilah yang lain. Kalau meluat, sedekah saja kat orang yang nak. Susah susah sangat, bak baju  sini dekat aku. Aku tak kisah. Lagipun baju aku kebanyakkannya cap F&F, cap Tesco, cap Reject Shop ngan FOS. Aku tak kisah. Tapi kalo kasut, memang aku cerewet sikit. Aku bukan suka pakai buang kasut. Maklumlah, kalau hendakkan kasut, kena minta dari CP. Aku mana ada gaji. Aku surirumah saja. Kalau sebulan beli sepasang dua kasut mau CP suruh aku rebus mana mana kasut yang rosak dan tak terpakai. Tak. Aku bukan macam tu. Bagi aku, kasut yang baik dan berkualiti, menjamin keselesaan kaki yang kusayangi. Yalah, Kita guna kaki untuk berjalan. Kalau kaki sakit, macam mana nak berjalan jalan, nak pergi shopping, nak menguruskan rumah tangga dan jugak nak main kejar kejar dengan anak anak.  Macam mana. Cuba bagitau sikit.

Oklah. Aku dah meluat dengan nyamuk yang suka sangat berterbangan atas kepala aku ni. Babai, Aku akan musnahkan kau nyamuk. Kau tungguuuuu nyamuk. Nanti aku dapat kau hiiiiiyaark. Eh sekejap. Tata. Sekian. Terima kasih.