Wednesday, April 20, 2011

Saka..... ?

Hidup dalam zaman moden ni pun kadang kadang tak semua moden pun sebenarnya. Ya lah. Sekarang semua dah canggih manggih. Manalah kita nak pandang ke belakang lagi. Begitu jugak pandangan aku. Masa aku kecik kecik dulu takda pulak mak aku hidangkan telinga ni dengan cerita yang menakutkan dan mistik mistik. Jangan harap nak dengar dari mulut mak aku. Memang tak da peluang lah nak tahu. Tapi tok aku bidan kampung. Dia mengurut sebelum dan selepas bersalin, patah kaki, terseliuh kaki, sakit urat dan masalah masalah dalaman yang pelbaga. Selalu ramai jugaklah orang datang rumah tok aku untuk berubat. Kadang kadang kena ikut turn. Aku dulu selalu tertanya tanya jugak dalam kepala otak aku ni. Betul ka tok aku boleh mengubat orang. Apa benda yang dia baca. Berkesan ka. Ntah. Aku tak tahu. Tapi masa aku form 3, aku ada masalah sikit dan masa tu pulak aku balik satu family ke rumah tok aku. Dia pun mintaklah nak tengok apa masalah aku ni. Alhamdulillah, lepas buat rawatan selama tiga hari, aku dah lega. Aku pun takda peduli nak tanya dan tengok apa benda yang dia buat dan letak dekat aku. Biasalah. Budak budak kan. Ya lah. Zaman aku tingkatan tiga dulu memang perangai cam budak sekolah rendah. Bukan macam budak sekarang. Baru tumbuh jambul, dah berlagak macam budak budak dewasa konon. Oklah. Aku dah menyimpang ni.

Sambung balik.Sekarang tok aku dah berumur dah. Baru lepas buat pembedahan buang katarak. Semenjak tu lah perkara pelik terjadi. Biasalah. Baru lepas operate kan. Mana boleh buat benda berat berat, angkat benda berat lebih dari tiga kilo dan jugak tunduk menunduk. Jadi, tok aku duduk dan berbaring sajalah. Masa nilah dia mula dapat simptom simptom pelik. Dia tak boleh tidoq. Kalau masuk tidur awal, dalam pukul sepuloh sebelas tu dia akan bangun terus tak boleh tidoq dah. Pergi klinik, pergi hospital, makan ubat tidur, makan ubat penenang (dia suka jadi menggelisah dalam waktu waktu tertentu) pun kata tak da apa apa. Buat ECG, buat apa benda ntah lagi. Memang tok aku sihat wal'afiat. Pelik kan. Pergi berubat tradisional, rupa rupanya ada saka. Aku ni memang tak percaya benda benda yang superstitious ni walaupun tok aku selalu cerita. Kalau pukul 11.30 malam pun aku boleh lagi lepak belakang rumah tengok rabbit padahal tok aku dah berapa kali pesan jangan buat camtu. Aku ni ketegaq. Tapi, kadang kadang ada jugak rasa seram sejuk bila duduk sorang sorang esp bila terpaksa bangun pagi pagi buta seorang diri semata mata nak siapkan kuih bergulung. Ada sekali aku pernah ternampak macam ada orang bediri dalam tiga empat kaki dari aku masa aku tengah sibuk menggoreng. Mula mula meremang jugak lah bulu roma. Rasa nak terkencing pun ado. Hish. Pas tu, aku pikiaq balik, kalau aku tak kacau dia, kenapa dia nak aku. Aku pun kata kuat kuat. Pi sana. Aku tak kacau hang, hang jangan kacau aku. Macam berani kan aku, Padahal nak ja aku cabut lari masuk tidur balik ngan CP tinggalkan kuali tu suruh masak sendiri. Mana boleh kan.

Aiman pun pernah jugak tiga empat bulan lepas, suka sangat merepek tunjuk tunjuk kata ada hantu kat curtain dalam bilik. Dah la aku ni penakut. Macam biasa. Modal aku....Pi sana. Aku tak kacau hang, hang jangan kacau aku. Jangan kacau anak aku. Ntah lah. Tak tau sampai bila benda ni nak habis. Ada jugak tok aku bagi dua tiga kerat ayat suruh amal, tapi aku tak pernah amal pun. Eh, sebelum tu aku nak bagi penjelasan. Tok aku sebenarnya dia tak sedar pun dia ada saka ni. Bukan dia yang nak. Benda ni datang tiba tiba. Dah lama dah. So, sekarang ni, keluarga aku dalam proses nak buang lah benda benda ni jauh dari kami. InshaAllah. InshaAllah. Harap tok aku dapat jalani kehidupan dia macam biasa balik. Adik aku pun ada buat entry pasal benda alah ni kat sini

No comments:

Post a Comment