Budak budak zaman sekarang ramai yang kuhang hajar. Tak boleh di tegur inikan pulak nak di larang. Nak dinasihat lagilah payah nak mendengar. Salah sapa? Terang terang remaja mana pun takkan mengaku bila buat salah. Mak bapak pulak bila kita bagitau anak dia buat apa, kita pulak yang kena. Berapi api kalah gunung berapi ayat sedap keluar dari mulut dia. Ya lah. Anak kau memang baik. Anak kau tak pernah buat salah. Anak kau pijak semut pun tak mati kan? Memang hebat sekali kuasa terapung anak kau kan? Ayat biasa akan di bagi:
1.Jaga family sendiri lah.
2. Family aku, aku punya pasallah.
3. Alah, macam anak/adik engkau baik sangat.
4. Nanti jadi kat anak/adik engkau pulak. Padan muka engkau sebab kata anak/adik aku bla bla
Eh. Apa punya perangai manusia ni. Suka sangat biar anak bawak motor takda lesen laju laju depan rumah orang. Siap angkat angkat lagi tayar kat depan kasi terangkat. Otak letak kat mana dik. Cuba fikir kenapa tayar motor tu ada dua. Tak boleh fikir? Oh. Aku lupa sebab kau memang kurang pandai dan lembab sikit nak berfikir sebab asyik sangat naik dan melawakan motor buruk kau sambil berlagak buat aksi lagak ngeri yang aku tak heran pun. Kalau jatuh sapa susah? Kalau terbabas dan masa tu anak anak aku pulak tengah bergembira main dekat depan rumah? Kau nak tanggung? Kau nak tanggung apa? Bila aku suruh kau perlahankan sikit kau lagi bukan main press minyak sampai nak terkeluar taik telinga aku ni. Nasib tak meleleh leleh. Lepas tu bila aku jegil kat kau bagi signal suruh perlahan sikit, kau lagi seronok jegil dan gelak dekat aku balik. Konon kau ni Raja Jalanan lah konon padahal motor dah boleh buat besi buruk dan kalau jual kat Tokey Besi Besi Buruk aku rasa dia pun tak hingin nak beli. Cakap banyak tak payah. Aku tak berminat. Depan rumah aku pula tu kau bergaya buruk bersama motor buruk sedemikian rupa. Kalau kau yang jatuh dan terbabas sorang diri bagai katak melintas membabi buta sapa yang susah? Aku jugak yang kena bersusah payah kena ke hulu ke hilir cari mak bapak kau. Maklumlah, aku ni seorang yang bersifat keibuan dan penyayang. Oooo. Kau amik kesempatan kan? Ayam bapak aku hari tu mati kau langgar sapa nak ganti? Apa ingat yang kau langgar hari tu patung ayam yang pakai bateri ? Oh. Aku lupa lagi sebab kau memang tak berapa cerdik sangat. Aku jugak tahu dan seratus peratus tahu kau takkan ganti punya sebab aku tahu kau dan kawan kawan yang sewaktu dengan kau memang tak da hati dan perasaan. Macam mana keluarga kau besarkan kau hah? Tidak cukupkah kasih sayang dan perhatian? Mahukah kau jadi anak angkat aku? Eh. Tak mungkin sebab kau lebih kurang sebaya dengan adik aku yang paling bongsu. Tidak mungkin kau akan jadi adik angkat aku. Never ever. No no no. Nehi kabhi nehi.
Mak bapak sekarang pun satu. Konon tak mau jaga tepi kain orang. Konon menjaga hati jiran tetangga supaya tak bergaduh sesama sendiri. Konon takut nanti kalau anak sendiri yang buat dajal nanti orang kata balik kat kita. Tolonglah. Tolonglah pandang pandang, tegur tegur dan tengok anak orang macam anak sendiri. Kalau ada budak bawah umur hisap rokok depan rumah kau, takkan kau nak tengok saja pemandangan tak sihat macam tu. Kau suka kalau anak kau tengok contoh macam tu? Kalau suka, aku tak tahulah kau ni mak bapak jenis apa. Baik tak payah ada anak. Baik tak payah kahwin. Baik tak payah buat apapun. Eh. Aku lupa. Ada satu benda kau boleh buat. Yang paling sesuai kau buat ialah tunggu dan lihat. Itu paling bagus untuk kau.
Tolonglah mak bapak sekalian. Tolonglah tengok anak anak ada kat mana selepas balik dari sekolah. Tolonglah tengok anak anak buat apa kalau keluar malam malam buta. Tolonglah. Tolonglah tegur dan bagi nasihat kalau nampak anak anak orang lain buat benda tak elok kat depan kita. Anak anak ni masa depan kita. Kalau dari kecik dah punah ranah jiwa dan raga nanti dah besar nak jadi apa? Cuba tengok dalam dalam mata anak kita. Cuba tengok betul betul. Apa kita nak dari dia bila dia besar nanti. Nak jadi anak yang soleh dan solehah yang berjaya dunia akhirat atau nak dia jadi anak/ kawan/ sedara Setan?
Paling aku sedih sekali bila ada yang terang terang mengaku beragama Islam tapi Minum Arak aka Kencing Setan , Amal Seks Bebas dan menjalani Kehidupan Yang Melampau dan Terlampau aka Lesbian aka GAy. Bangga pulak tu. TAK MALUKAH? Mak bapak pergi mana hah? Apa ni? Maksud nama dalam bahasa Arab memang sangat indah bunyinya, tapi bila tengok perangai, Ya Allah. MashaAllah. Macam mana nak didik anak anak kalau dah beranak pinak nanti. Kalau diri sendiri tak sembahyang, tapi hantar anak pergi belajar fardhu ain, tak ka pelik manusia macam ni. Sebab tu lah ramai sangat budak budak sekarang kuhang hajau. Duit boleh cari. Tapi sebanyak mana ada duit pun tak kan pernah cukup sampai bila bila. Percayalah. Perangai budak budak dibentuk dari kecik lagi.
Manusia mana tak pernah buat salah. Semua pernah buat salah. Takpa. Nak buat macam mana. Dah terbuat. Terlajak perahu boleh undur, terlajak terlanjur......hmm. Tapi yang paling penting ialah proses KEMBALI KE PANGKAL JALAN dan BERTAUBAT. Proses ni tak pernah terhenti dan jangan berhenti serta putus asa. Kesian budak budak remaja sekarang. Tak da bimbingan. Cuba tengok berapa kerat sangat yang berperangai senonoh. Berapa ramai yang masih hormat ibu bapa mereka. Berapa orang budak budak remaja yang benar benar seorang Islam bukan hanya pada nama. Tak ramai. Memanglah nak berubah susah dalam sekelip mata. Kalau tak tahu, kita rujuk pada yang tahu. InshaAllah kalau niat kita baik dan ikhlas untuk berubah semata mata kerana Allah S.W.T, kita pasti berjaya. Fikirlah untuk diri sendiri, untuk keluarga yang tersayang terutama anak anak yang masih kecil yang perlu dibimbing dan juga untuk masyarakat. Anak orang pun anggaplah macam anak kita jugak. Kalau orang nasihat anak kita dan bagitahu apa yang dia dah buat, Alhamdullillah, baguslah tu sebab ada jugak yang mengambil berat. Terima sajalah. Tegur bila perlu secara berhemah. Nasihatlah secara lembut bila nampak ada budak budak remaja buat benda yang tak elok dan berkelakuan kurang senonoh. Tapi kalau kau langgar ayam atau kambing aku sampai mati sekali lagi, SIAP KAU.. Aku report ...
No comments:
Post a Comment