Tadi pukul 5.30 petang bergegas gegas dan berlari lari rentak perlahan masuk ke dalam bilik selepas habis log out semua aktiviti di alam maya. Tujuan utama ialah untuk mandi. Terkebil kebil bijik mata sambil melilau cari baju mana yang sesuai untuk dipakai hari ini. Takut kalau tak bersiap cantik cantik, tiba tiba ...tinggggg.. Che Pyan balik secara mengejut dan selepas sampai depan pintu rumah terus start kereta patah balik pergi tempat kerja sebab terkejut dan tak pasti apakah yang ini isteri atau Che Pon. Ok. Ok. Cut the crap. Lima minit lepas habih bertafakur depan almari dan memilih baju dan seluar tiduq yang mana berkenan, baling persalinan tersebut atas katil dan terus masuk mandi secara senyap senyap. Shhhh. Aiman tengah tidur. Kalau dia bangun, habis aku. Habih plan aku. Shhhhh.
Selesai mandi secara sunyi dan sepi, pakai baju sepantas kilat dan tidak lupa jugak menyarungkan seluaq tiduq polka love kesayangan, aku berlari lari anak menuju ke washing machine untuk humban baju kotor yang aku dah pakai tadi. Jenguk bilik sekejap, ahhhhh lega rasanya. Aiman still ZZZzzz. Yes. Berjaya. Jenguk through sliding door, jadi stalker sekejap meghendap rumah di sebelah, ahhhh nikmat rasanya dengar Wina and Wani tengah syok menyanyi dengan Nenek dan Mak Teh depa. Yess. Yesss. Yesssssss!!!!
Sekarang pukul 6.15 petang. Aku dah log in balik. Duduk mengadap alam maya balik. Ahhh. Tidurlah Aiman. Tidurlah lagi. Nyanyilah Wina dan Wani. Ajak nenek dengan Mak Teh menyanyi lagi....sebab mommy nak main The Sims sekali lagi..hahahahaha....
No comments:
Post a Comment