Wednesday, March 24, 2010

Setiap pasangan yang dah berkahwin, pastilah nak mempunyai cahayamata. Macam aku. Setakat sekarang ni, tahun ni, waktu ni, dah tiga kali aku beranak sepanjang 6 tahun aku ngan Che Pyan kahwin.Pengalaman pun akan berbeza beza setiap kali nak beranak. Mesti tak akan sama punya. Kalau sepuluh kali beranak, sepuluh kalilah rasa pengalaman yang pelbagai. Masa first time nak bersalin dulu, kalut jugaklah. Bila nak beli barang baby? Start berapa bulan baru boleh beli? Apa yang tak boleh buat? Apa yang boleh? Apa yang kena makan? Apa yang tak boleh makan? Maklumlah, orang lain apa apa sikit tanya mak, mintak pendapat mak dan semuanyalah mak. Macam aku, tok sajalah tempat aku nak consult apa apa pun. Alhamdulillah, tok aku dalam masa yang sama dia bidan senior. Nak mengurut ka pabenda dalam pantang memang tak payah pening nak fikir.

Nak bersalin kat mana pun masalah jugak. Sekejap makcik ni kata sini elok. Sekejap makcik tu kata kat sana lagi elok. Sesiapapun mestilah nak dapatkan yang terbaik kan. Last sekali aku decide nak bersalin kat tempat yang cuma 10 minit ja dari rumah aku. Unfortunately masa tu, tempat kerja Che Pyan tak cover walau sesenpun kalau wife nak bersalin. Lagi pulak, aku nak request epidural masa bersalin. So, Che Pyan kenalah keluarkan duit sendiri semata mata nak bagi Puan Monecomel ni bersalin kat situ. Untuk sapa sapa yang planning nak bersalin kat private, sebelum decide tu, kita boleh semak dulu keadaan kewangan. Mungkin boleh menyimpan duit dari awal kalau dah tahu kat mana nak bersalin. Dan make sure ada extra duit sebab kita tak tahu masa tengah bersalin tetiba ada special needs ka atau apa apa keadaaan yang pasti akan buat kos bersalin lebih dari yang kita jangka. Kalau takat nak swipe sampai RM5k ke RM6k one shot tu, mungkin lah tak da masalah bagi sesetengah orang, tapi kalau tak payah hutang lagi baguskan. Tapi ikut suka hati sendirilah. Fikir yang mana lebih elok. Aku bagi cadangan saja. Mana tahu kot kot masa nak bawak anak bini balik rumah lepas bersalin, tiba tiba credit card tak boleh pakai, offline atau apa. Tak ka naya kena tinggal anak bini kat situ tak boleh bawak balik selagi tak clear semua.

First time bersalin memang aku blur. Cukup 38 minggu, baby pun dah matang, kepala baby pun dah di hujung pintu aku ngan Che pyan ngan Sissy Sha ke Maternity Centre tu untuk check up yang biasa. Tiba tiba Doktor I tu tanya aku ngan Che Pyan. 'Bila nak bersalin? Esok boleh?' Aku dengan Che Pyan pun gelak sebab ingatkan Doktor I tu main main. Rupa rupanya dia memang serius la. Aku pun jadi pelik sebab aku memang tak dak turun darah atau pecah air ketuban ka whatsoever, suka suka hati dia nak suruh aku beranak esok. Doktor I pun explained kata dah terbukak 4 cm dah. Ni aku rasa kalau kat hospital kerajaan ni dia suruh balik dulu ni. Aku pun ok sajalah sebab aku tak berani nak argue dengan pakar. Kang silap haribulan aku buat buat pandai sendiri, tiba tiba terberanak masa tengah syok syok bershopping. Tak ka naya anak aku bila tahu tempat dia bersalin dalam surat beranak dekat X Mall. Esoknya aku datang pukul 1 petang untuk bersalin. Pukul 2.30 petang dia induce aku. Lepas tu lebih kurang dalam pukul 3.00 petang pakar bius datang nak bagi epidural kat aku. Lepas tu aku nganga atas katil kat labor room dan Che Pyan pulak duduk kat tepi katil teman aku sambil tengok Syazwani main futball dalam perut. Nasib tak sakit. Pukul 7.35 malam , Alhamdulillah selamat aku bersalin dekat Syazwani.

Masa nak bersalin kat Syazwina pun sama jugak. Tak da turun darah atau pecah air ketuban pun. Cuma time ni, lepas pakar bius tu inject epidural kat aku, tetiba aku sesak nafas. BP terus turun sampai 40 lebih. Aku ingat memang dah sampai waktu dah ni. Ingat dah nak padam. Nasiblah doktor tu cepat grab oksigen untuk aku. Habih tunggang langgang equipment dalam labor room tu. Alhamdulillah. Aku selamat bersalin kat Wina walaupun ada masalah sikit awal awal tu.

Pengalaman bersalin dekat Syakir Aiman paling trauma. Macam biasa. Sebelum nak bersalin, aku dah request awal awal lagi nak guna epidural. Yang syoknya, even aku amik epidural pun, aku tetap rasa sakit. Kalau nak compare masa bersalin dekat Syazwina dan Syazwani, memang jauh beza sangat. Sakit jangan cakaplah. Kalau aku tau., baik aku tak yah amik epidural. Buat rugi duit saja. Aku pun tak tau kenapa aku boleh rasa sakit sebab tujuan utama aku amik epidural tu untuk tak mau sakit masa bersalin. Mungkin badan aku dah immune kot sebab dah tiga kali cucuk benda tu saja. Dah lah tu, kuat meronta pulak masa dia nak keluar. Walaupun Aiman keluar masa dia 38 minggu, tu pun dia hampir hampir lemas sebab dia memang dah nak keluar sangat sangat dah sebelum tu lagi. Contraction jangan cakaplah. Masa 6 bulan mengandung dekat Aiman lagi, aku 24 jam terbongkang atas katil dah. Malas nak ke mana mana. Dia memang aktif sangat masa dalam perut. Dan sekarang, Aiman dah nak masuk dua tahun dah. Masih aktif. Sangat aktif. 

 Tahun ni aku ngan Che Pyan bercadang nak tambah lagi sorang anak. The more the merrier. Itupun kalau ada rezeki. Mana tau kan. Oklah. Aku nak teman Aiman main keretapi. Ntah apa dia buat ngan railway ntah. Bengkang bengkok sana sini. Kejap lagi Wani dengan Wina balik, aku kena main dengan depa pulak. Tata.

No comments:

Post a Comment