Tuesday, March 23, 2010

Tahniah dan Tongkang Pecah

Pejam celik pejam celik dah 3 minggu since aku balik dari KL. Trauma? Jangan cakaplah. Aku takut gila hari tu tengok cebisan lebihan  lemak lemak di badan aku. Geli. Tapi yang aku trauma bab berat badan saja. Kalau bab shopping  dan nak ke KL lagi aku tak kisah. Sebelum p sana, berat aku lebih kurang 46 kg saja. Balik balik, bila aku timbang, MashaAllah.Ya Rabbi, nak dekat 50 kg wei. Sungguh aku tak tipu. Gilo apo. Apa benda yang aku makan sampai jadi baby gajah ni. Aku obsessed? Oh tidak. Aku cuma suka  dan selesa kalau berat aku dalam lingkungan 46 kg saja. Lebih atau kurang dari itu mesti akan buat aku menggelabah. Memang 46 kg sangat ideal untuk aku. Kalau berat sangat, tumit jadi sakit, kalau ringan sangat, sakit punggung bila nak duduk kat tempat yang keras dan tidak bercushion. Kelmarin, aku dah berjaya pakai seluar jeans feveret aku tanpa ada masalah langsung. Sebelum ni memang seksa ya amat. Hip hip Hooray! Tahniah untuk diri aku sendiri.

 Selepas ni. aku rasa aku kena cut down lagi masa online. Tok aku dah nak ke Sabah. Adik perempuan aku dah nak balik rumah bapak aku. Anak anak semua aku kena urus sendiri. Dulu dan sekarang ni kalau anak anak aku merajuk ngan aku, sikit sikit mesti lari ke rumah sebelah.Kalau weekend nak berdating dengan Che Pyan pun tak da masalah sebab anak anak aku lebih rela duduk rumah nenek depa dari keluar ngan aku ngan Che Pyan kalau tak da aktiviti shopping untuk toys. Baguskan anak anak aku? Since dah tak da orang nak tolong aku mengasuh bersama sama, maka aku kenalah bersiap sedia membiasakan diri buat semua sendiri. Part yang paling susah sekali aku rasa bila nak kejut anak aku bangun pagi. Haih. Seksa betul. Siap macam bertempur lagi. Kalau dengan tok aku, senang sangat Wani dengan Wina nak bangun pagi. Tak da masalah pun. Kalau makan pun tak da picky sangat kalau tok aku masak. Kalau aku yang masak, kejap lagi dengarlah Wani complaint sana complaint sini. Hish. Nak buat macam mana. sabaq sajalah.

Oklah. Aku nak pi kemas bilik anak anak aku. Mainan berterabur sana sini. Kang depa balik sekolah, senang sikit bagi main dalam bilik tu. Nanti bila bila ada masa, aku upload gambaq bilik tongkang pecah tu. Aku rasa sekolah depa pun tak da mainan sebanyak macam kat rumah aku ni. Mungkin aku patut bukak nursery? Oh. Tidak sekali kali. Tata.               

No comments:

Post a Comment