Note: Sila baca sampai habis. Kalau nak baca sekerat baik tak payah baca langsung. Nanti pandai pandai pulak buat kesimpulan sendiri.
Apa pasal kau kerja?
Eh hehehe... mmm... Saya kerja sebab semata mata untuk kumpul duit melancong bersama sekeluarga.
Apa pasal kau kerja?
Mmmm... mmmm... uuuu... aaaa.... Saya kerja sebab nak pegang duit sendiri. Senang nak beli apapun yang nafsu saya suruh saya beli.
Apa pasal kau kerja?
Saya kerja sebab saya penat penat belajar. Rugi wooo. Berbelas tahun wei kalau kira dari start tadika. Heheh.
Apa pasal kau kerja?
Hish. Sudahlah. Benci nak dengar orang tanya dan orang tak ada akal jawab soalan ni.
Untuk soalan pertama. Jawapan paling bengong. Tambah bengong lagi kalau yang menjawab tu ada anak tiga empat orang kat rumah kasi maid tak pun mak yang dah separuh usia jaga. Konon kerja semata mata nak bawak satu family melancong setiap tahun. Pi oversea la. Dalam negara jangan cakaplah. Habih semua ceruk rantau dah kau lawati. Lagi penting agaknya aktiviti melancong tu kan dari jaga sendiri anak kat rumah kan. Lagi bagus agaknya bagi orang gaji ataupun mak sendiri bela anak kandung kasi makan, kasi jaga semua dari A sampai Z. Agaknya aktitiviti melancong tu lagi penting kot dari jaga anak sendiri, urus anak sendiri, didik anak elok elok, bagi kasih sayang yang sepatutnya. Ada. Betul memang ada manusia macam ni.
Soalan nombor dua. Ni jawapan paling pandai bagi dia tapi paling b*d*h aku pernah dengar dengar. Nak pegang duit sendiri. Habih kat rumah tu anak sapa? Bukan anak sendiri. Lagi penting nak pegang duit sendiri dari pegang anak sendiri. Pegang lah duit tu. Belilah apapun nak beli. Anak kasi maid jaga ok. Tak pun bagi mak separuh usia jaga. Boleh. Semua boleh. Macam mana pun boleh.
Soalan nombor tiga. Jawapan orang cerdik pandai. Hang kira hang penat belajar. Oooo. Habih, orang jaga anak hang tak penat? Hang tak kira mak hang penat bela hang dari kecik sampai besaq lepas tu baru nak rehat sat hang pulak beranak banyak banyak lepas tu sedap sedap tauk suruh mak hang jaga. Awat? Orang tua tak reti penat? Hang kira diri hang saja yang belajar berbelas ribu tahun. Hello. Orang duduk rumah yang jadi surirumah macam saya pun belajar macam macam benda baru setiap hari. Tapi yang penting sekali saya belajar bersama anak anak saya. Saya tak menyusahkan orang lain. Saya rasa saya tak menyusahkan mak tiri dan mak mertua saya dan jugak nenek saya. Ilmu tu luas. Kita takkan pernah berhenti belajar. Lagi rugi kalau tak dapat melihat development anak anak dari kecik depan mata kepala sendiri.
Kesimpulannya, janganlah bagi jawapan yang sangat kurang pandai dan sekadar nak melepas diri sendiri serta jawapan bajet berlagak tak mau jatuh standard punya. Tak payah tipu diri sendiri. Bagi alasan alasan macam tu dekat orang. Bukan aku sebok tanya pun. Suka suka hati cerita kat orang bagi orang dengar. Orang tak ingin tau pun. Cakap sajalah nak bantu suami, kesian suami kerja sorang sorang berhempas pulas cari duit untuk keluarga, nak berikan segala gala yang terbaik untuk anak anak (suka hati kaulah kalau nak bayar tadika atau sekolah lima enam ribu sebulan, baju anak lima enam ratus selai). Ya lah. Siapa yang tak mau yang terbaik untuk anak anak kan. Tak pun cakaplah kalau kerja sorang tak cukup sebab kos hidup sekarang tinggi, takpun paling logik sekali bagi aku kalau hang cakap nafsu serakah shopping yang meluap luap yang tak dapat dikontrol. Aku paham sebab aku juga perempuan. Ok. Boleh diterima akal logik jugak. Kalu tak cakap kat orang lagi bagus. Senyap sudah. Ni tak. Bagi jawapan memang tak mau nampak selekeh dan sentiasa nak berlagak. Bagi aku, bagus apa kalau kerja nak bantu suami. Kalau ikhlas lagi dapat pahala banyak banyak. Tak da siapa pun yang akan perlekeh orang macam ni. Itu baru isteri mithali. Saya memang salute perempuan perempuan kat luar sana yang sudi, rela dan ikhlas membantu suami, yang sama sama nak bantu ringankan beban kewangan suami dan keluarga. Yang penting tu NIAT. Kalau niat tu dah betul dari awal, InshaAllah semua berjalan lancar.
Saya? Eh hehe. Saya tak kerja. Nafsu membeli ok lagi. Baju sehelai sebulan sekali pun dah rasa syukur sangat sangat. Dapat melancong setahun sekali pun dah kira beruntung. Habis tu degree? Eh. Sekarang tengah buat Master in Isteri dan Ibu Mithali. Harap berjaya dengan cemerlang dunia akhirat. Ok babai. Nak study. CP dah mengantuk. Hehehhehehehehehehehhhhhehehehehehehehehehehehehehehe.
No comments:
Post a Comment