Monday, June 28, 2010

Gunung Kristal

Khamis lepas dengan tak malunya angkut anak kecik ajak bapak serta Mak Nak serta adik perempuan kecik ke Gunung Keriang. Nasib Wani ngan Wina ke sekolah. Nasib baik bapak nak jugak melayan karenah anak dan cucu. Bukan nak beli apapun. Nak tengok kalau ada tudung cantik catik atau kristal yang berkenan di hati. Lagipun kalau nak kesini dari rumah lebih kurang 15 minit ja. Pasar Tani kat kaki Gunung Keriang ni bukak setiap hari Khamis. So tak da harapanlah kalau orang yang makan gaji kerja dari Isnin sampai Jumaat, pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang nak jejak kaki kat sini melainkan pada public holiday atau pun suka suka hati nak tipu bos amik MC semata mata nak ke pasar tani kat Gunung Keriang ni nak tengok atau shopping kristal lip lap lip lap kat sini. Fuh. Penat weh. Panjang gila ayat.

 Sikit lagi nak sampai..
Dah nampak dah Gunung Keriang tu..


Bapak bawak ikut shorcut.. 
Kena merentasi hutan belantara dan semak samun..


Habih gondol...


Gondol jugak ...
Kesian ...


Gondol setempat..

Kat sini batu kristal dia banyak yang mentah dan jugak yang dah siap digilap dan jugak dikikis apa yang patut supaya cantik mata memandang. Rega pun tak mahal sangat. Dulu masa study kat Shah Alam pernah jugak sekali tergatal tangan nak beli kristal nak bagi hadiah kat mak, Rega lebih kurang RM 45 sepokok kristal yang comel sebesar tapak tangan siap dengan buah kristal bergayut gayut. Kat sini boleh dapat separuh harga. Benda sama ja. Asal dari Gunung Keriang ni jugak. Kalau nak tengok gambar gambar kristal yang comel dan lip lap lip lap memang tak dak lah sebab tak beli pun masa pergi hari tu. Tak da yang berkenan. Tapi rasanya kalau pergi pulak, teringin jugak nak cari rantai kristal yang sampai labuh ke perut. Kakakaka. Tapi semua tu kena order dulu. Custom Made, Hand Made, Made in Gunung Keriang. Kakakakaka.

No comments:

Post a Comment