Hari Jumaat pagi bertolak ke rumah mak mertua kat Sungai Petani. Sempat la duduk tiga empat jam. Lepas tu pukul 4.30 petang gerak ke Gurun ke tempat kerja CP. Duduklah melangut dalam kereta sampai setengah jam sebab semua budak budak ZZzzzZZ. Kesian pulak nak gerak. Habis kerja CP, kami pun tanpa buang masa terus straight ke
Pusat Latihan KEDA dekat Sik. Bank Pilihan Anda cawangan Gurun kena jadi tuan rumah untuk
Program Skor A PMR. Sampai ja kat situ, terus melangut dalam bilik empat beranak. CP pulak sibuk kena buat kerja dia. Tak kisah. Janji dapat sedut udara segar. Dah la tempat tu dekat kaki bukit. Sejuk woooo. Nak mandi pun rasa malas. Malas nak tulis banyak banyak. Nak simpan tenaga sikit buat main The Sims. Tengok gambaq sudahlah.
Sementara tunggu ayah, kita baca buku dulooooo..
Serabut serebeh habis rambut Wani Wina kena tarik ngan Aiman
Bosan duduk dalam bilik..
Main kat luaq sat empat lima minit
Apa punya stail Wani ni duduk mencangkung
Wina, Wani, Me and Little Aiman
Lagi sekali.
TATA
No comments:
Post a Comment