Dua hari lepas aku berpeluang ikut aktiviti rukun tetangga kat kawasan rumah aku ni. Ada macam macam aktiviti yang disediakan. Mewarnalah, sukanekalah, aktiviti jualan oleh komuniti RT dan lain lain lagi. Seronok jugak sekali sekala macam ni. Malangnya, ada jugak rasa sedih kat dalam diri aku bila tengok gelagat budak budak dan mak budak zaman sekarang. Adakah bila kita dah pakai tudung kita rasa kita dah menunaikan kewajipan kita kepada Allah. Apakah kewajipan kita sebagai seorang wanita beragama Islam? Salah satunya kita wajib menutup aurat kan. Macam aku selalu kata dekat adik adik aku. Nak pakai tudung memang senang sangat. Nah. Sepantas kilat dah pakai tudung. Tapi nak menutup aurat hmmmm, kenapa susah sangat? Kenapa boleh lalai dengan benda benda macam ni.
Berubah untuk menjadi yang lebih baik memang penuh dengan cabaran. Percayalah. Aku pun pernah berada dalam situasi macam tu. Sekarang pun masih bergelut jugak. Biasalah manusia. Mesti ada ujian dan cabaran kalau kita nak berubah kepada yang lebih baik. Ada saja halangan. Kadang kadang pakai tudung tapi pakai T-shirt berlengan pendek yang kadang kadang bila angkat tangan tinggi tinggi boleh nampak ketiak. Halamak. Malu tak? Sekali sekala pakai seluar jeans yang super ketat matching dengan baju labuh menutup punggung pun ado jugak. Sesuai tak? Buruk lah. Betul. Sangat buruk dan menjolok mata. Tak sesuai. Saya malu! Memanglah ada sesetengan suami tak bising, tapi adakah benda benda ni kena ada peringatan dari orang barulah kita sedar padahal kita semua tahu apa yang boleh dan tak boleh. Kadang kadang geli satu macam pun ada bila nampak makcik makcik senior buat mudah saja bab bab menutup aurat ni. Biasalah. Bila kita dah beranak sampai lima enam kali, dah tentulah banyak jugak part yang mengembang esp yang di bahagian belakang. Apa salahnya pakai baju yang molek molek sikit cover sikit mana yang patut supaya tak tertonjol keluar. Hudoh tahu tak. Tapi kalau sendiri rasa seksi dengan keadaan camtu aku tak tahulah nak kata apa lagi dah. Lagipun, takkanlah tak boleh guna akal. Tak logik betui orang cam ni. Kita yang memandang pun jadi segan sendiri. Yang suami dah pusing pandang tempat lain. Nak muntah kot. Tak tahulah nak kata apa lagi dah.
Lagi satu trend sekarang buat sanggul tinggi tinggi macam ada bonggol unta atas kepala. Ingat cantik ke. Penipu sangatlah kalau kata rambut kau panjang sangat sebab tu kena sanggul camtu. Apasal rambut aku yang panjang mengurai mencecah pinggang takda tebonjol macam tu pong. Tipula. Sekarang ni siap ada jual sanggul palsu pulak tu. Apahal. Kau nak tunjuk dan bagitau kat sapa yang rambut kau panjang sangat.? Tak payahlah. Bila kita perasan sangat yang rambut kita ni konon konon panjang sangatlah sampai nak buat sanggul tinggi tinggi, tidakkah wujud perasaan riak dalam diri kita. Eh. ni sanggul ori ni. Eh, ni rambut asli tau. Apahal kau bagi statement camtu. Apalagi kalau bukan untuk meriak riak dan menunjuk kan. Tak payah lah tunjuk bonggol sangat. Tak cantik pun. Setahu aku, dah banyak kali dah orang highlight pasal benda tapi masih ada yang tak faham faham jugak. Atau kau buat buat tak paham sebab rasa macam benda ni kecik saja? Allah kurniakan kita akal supaya kita dapat berfikir dan memilih diantara yang baik dan yang tidak baik. Berfikirlah. Tapi kalau kau tak dapat berfikir sendiri, maaflah. Masakan orang lain pulak kena berfikir bagi pihak kau. Ciao...Tata.
No comments:
Post a Comment