Che Wani was prescribed with Ventolin Evohaler dan Seretide Evohaler by her paeds recently. At 7, she's now capable of using the inhaler instead of taking the nebs everytime she had the attack. Tak payah dah ulang alik tiga empat kali. Nurse dengan doktor pun dah meluats tengok muka aku. Hahahaha. Aku bergurau saja. Mula mula Dr Chua yang comel tu suruh Wani guna kuasa sedutan. So, dia bagilah Seretide Accuhaler yang comel colour purple yang dah memang Wani punya favorite colour macam kat bawah ni. Cantik. Boleh simpan dalam purse. Hehehe.
Seretide Accuhaler ~ to prevent from getting asthma symptoms
Comel dan compact, tapi kena ada kuasa sedutan tinggi.
Unfortunately, kuasa sedutan Wani agak rendah. So, the second Doctor which is DrRazif then decided to give Che Wani guna Seretide Evohaler yang turn out to be sangat mudah dan senang.
Seretide Evohaler : to prevent from getting asthma symptoms
Dua puff, dua kali sehari macam kilat
Tak payah tunggu lama lama macam buat nebulizer
Wani pun boleh buat sendiri. Mula mula ok saja. Lepas tu aku perasan jugak ada asap keluar setiap kali dia guna inhaler ni. Tanya Dr then dia suruh combine ngan AeroChamber Plus with Flow Vu. Apa benda ni. Aku pun tak tau. Tapi bila Dr tunjuk contoh kat aku, aku pun ikut sajalah. Yang Wani punya colour kuning tu. Siap ada gambar katun lagi.
Pic Credit:
Asalkan Che Wani sihat dan aktif macam biasa balik, syukur Alhamdulillah. Nak join Pendidikan Jasmani sekarang pun tak leh berlebih lebih. Habih takkan anak aku nak tengok saja kawan kawan main tapi dia kena duduk dekat tepi padang. Mana aci. Main sikit sikti bolehlah. Jangan terlebih sudah. Untuk parents yang ada anak anak yang keadaan sama macam Wani, aku rasa baiklah pergi consult Dr dan tanya kelebihan dan keburukan antara inhaler vs buat nebulizer. Carilah yang paling effective. Yang penting, anak anak kita sihat dan boleh bermain macam orang lain jugak. Jangan tunggu lama lama.. Lagi satu yang paling penting ialah Ventolin Evohaler esp bila ada batuk dan kahak. Kena spare siap siap. Ventolin lebih kepada
relieving the symptoms compare dengan Seretide yang diguna untuk
preventing the symptoms.
Ventolin Evohaler ~ to relieve asthma symptoms
Benda ni semua tak boleh suka suka hati pergi beli. Kena prescribe by Dr. Satgi jadi benda lain pulak kalau memandai ja pergi beli suka suka hati kat luar. Jumpa Dr dulu dan discuss kalau anak kerap sangat buat neb dan keluar masuk wad. Semua tu memakan masa dan duit. Cukuplah.
Tak larat dah aku tengok Che Wani ponteng sekolah dan keluar masuk wad. Yang paling penting, dia boleh buat aktiviti macam orang lain. Itu yang penting. Sekarang ramai sangat budak yang dapat penat, lelah asthma atau apakebenda entah lagi nama dia. Siapa nak anak dia sakit? Tak da kan. So, selagi terdaya, kita kena berikhtiar dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya anak anak yang tersayang sentiasa sihat dan cergas macam anak orang lain. InshaAllah.
Ini Penting, sila baca:
P/s: Entry ini adalah semata mata berdasarkan pandangan dan pengalaman si penulis, Mone. Sila rujuk pakar atau pihak yang berkenaan untuk maklumat lanjut tentang penggunaan ubat ubatan diatas. Si penulis, Mone tidak bertanggungjawab di atas kesilapan pembaca jika berlaku misinterpretation dan pandai memandai di pihak pembaca sendiri. Saya bukan doktor. Saya surirumah sepenuh masa.
Hey.......Don't you just love a sweet dessert on a hot hot day? #myhoneymoon is here to wipe your perspire away with their awesome shaved ice & more! Click for more details....
No comments:
Post a Comment