Kebanyakan kerja rumah yang sekali sekali perlu di buat sudah hampir beres. Tinggal kerja rumah yang hari hari kena buat saja. Aktiviti sental menyental pun dah selesai. Argh, lagi dua hari untuk masuk labour room. Walaupun ni pengalaman keempat, perasaan cuak tetap ada. Harap dipermudahkan segalanya.
Barang barang untuk overnight kat sana pun dah siap. Habis angkut semua isi rumah berkampung kat sana. Takut jugak nak tinggalkan bebudak ni kat rumah. Kalau di Alor Setar senang sikit sebab bapak aku ada. Budak budak ni pun boleh main dengan makcik depa. Argh, tak usah bagi serabut kepala lagi.
Dah. Nak take five sekejap. Kalau terlajak pun takpa. Aku kan suri rumah. Time management suka hati akulah. Janji kerja beres. Sekian.