( Disclaimer : Blog ini blog aku. Blog persendirian aku. If you think that my writing is too harsh ataupun terlalu emosi, silalah keluar dari sini )
Semalam, untuk yang kesekian kalinya, aku ngan CP ke Bazar sebab semalam sekali lagi untuk kesekian kalinya aku tak masak. Aku tak malas. Betul. Aku ada try apa. Petang semalam, aku sempat rendam soo hoon dengan pucuk kononnya nak buat sayur yang berkuah sikit. Lepas tu, kat sebelah lagi aku mentanak nasi. Tiba tiba gas hahahahahahabis. Padan muka aku. Aku masak nasi memang tak suka pakai periuk nasi elektrik. Dah lama dah aku tak buat camtu. Bagilah periuk nasi yang canggih manggih, microcomputer punya rice cooker ka, biasa punya ka, memang aku sangat payah dan liat nak guna. CP pun kadang kadang hangin bila dia tengok rice cooker yang canggih manggih dia beli kat aku tersadai macam paus biru kat tepi pantai. Sorry ya. I prefer masak cara conventional. Rasa sama saja. Cuma cara yang berbeza.
Dah gas habis, terpaksalah tunggu CP balik dari kerja untuk membeli barang satu dua jenis lauk pauk untuk berbuka. Bazar yang aku pi ni dekat ngan Perumahan Awam Mergong, dekat jugak ngan Insaniah. Sejuk ja hati tengok ramai benar yang menutup aurat dengan sempurna. Aku pun malu sendiri. Malu sangat sangat bila nak banding diri aku dengan depa. Umur dah menginjak nak masuk 30an ni buat aku banyak dan kerap kali berfikir. Bila aku nak berubah. Pun aku malu jugak dengan adik perempuan aku. Pakaian dia lebih sopan dari aku. Kadang kadang pergi amik anak kat tadika pun pakai baju berlengan pendek. Konon nak cepatlah. Rasa jugak malu. Tapi lepas tu hilang. Keluar ngan CP pun selalu pakai itu pakai ini. Rasa cam tak sempurna saja. Bapak aku pernah kata, macam mana mak bapak, macam tulah jugak anak anak dia nanti. So, kalau aku nak anak anak aku jadi anak yang Soleh dan Solehah, aku sendiri yang kena berubah dulu. Aku tengah mencuba ni. InshaAllah.
Wani tahun depan dah nak masuk darjah satu. Dah besar dah My Little Princess. Bimbang jugak aku bila dia dah nak ke sekolah ni. Aku ni bukan apa. Takut sangat anak aku dapat cikgu yang hidup bagai dua alam. Macam mana nak didik anak murid dia (anak aku) dengan elok, sedangkan diri cikgu tu sendiri pun macam hipokrit. Pergi ke sekolah mengajar pakai tudung. Menutup aurat. Tapi bila jumpa ja kat luar, pakaian kalah orang putih. Kalah minah saleh. Tak malu ka? Apsal nak jadi hipokrit macam tu. Kenapa? Ooo. Kalau tak pakai tudung masa interview dulu takut tak dapat kerja cikgu? Takut nampak tak sopan? Macam ni kah kau nak didik budak budak? Diri sendiri pun macam Choc Fudge. Baik kau tak payah jadi cikgu. Macam lalang. Buat malu sektor perguruan saja. Baik duduk rumah macam aku. Heheheheh. Ok. Emosi sikit.
Saya tak pernah kata diri saya sempurna. Tidak. Saya tidak sempurna. Saya pun ada kejahilan sendiri. Pun tak pernah nak mengaku yang saya ni baik sangatlah tu. Saya cuma mahu berubah ke arah yang lebih baik. Saya sedang mencuba. Saya tahu payah. Tapi saya akan terus mencuba. Kalau saya tersalah langkah, saya harap CP akan senantisa berada di sisi saya untuk memperbetulkan mana yang salah. Mana yang kurang. Dia semestinya melengkapkan hidup saya selain dari anak anak.
Oklah. Dah habih dah waktu lapang. sekarang kena siapkan anak ke sekolah.
p/s: Buat adik adik yang membeli belah di Bazar Ramadhan kat kawasan sekitar sini, saya ada kata kata motivasi sikit. Kalau tahu diri tu gemuk dan gendut, tak payah lah nak susah susah pakai baju ketat ketat ngan seluar ketat ketat sampai tertonjol isi perut. Buruk la adik. Awak tu belum kahwin lagi. Malu lah sikit orang tengok perut buncit tu dengan chicken wing tu. Mengalahkan orang yang dah beranak tiga. Tolong ya. Kalau tak malu dengan diri sendiri, pun tak malu dengan jugak dengan orang lain, takkan tak rasa malu langsng dengan Tuhan?
No comments:
Post a Comment