Semalam ialah hari Sambar Menyambar. Sempena nak puasa dah next week, gagahkan jugak naik turun shopping complex, masuk keluar kedai baju, semata mata nak cari baju raya padahal puasa pun belum. Malas gila kalau nak dekat dekat raya baru nak terhegeh hegeh shopping. Ramai amat manusia. Alhamdulillah selepas tiga pat jam jalan sampai nak patah kaki, jumpa dah baju, beli dah baju dan balik dah. Ops. Belum lagik. Baju saya belum beli. Paling susahlah kalau nak cari baju yang sesuai di mata dan berkenan di hati. Sebab apa, aku paling cerewet. Hudoh lah. Nampak gemoklah. Nampak buroklah. Mahal lah. Semua ada. Last sekali, bila CP dah sampai tahap max dah dia punya kepenatan, kami pun baliklah.
Hantar anak semua bagi adik jaga sekejap. Lepas tu keluar pulak lagi sekali tapi kali ni berdua saja ngan CP naik Elegek. Nak ke Bunga Raya (kedai barang antik, barang lama dan terpakai). Bukan apa, kelmarin hari tu, Sissy Sha balik kampung bawak MIL dia sekali. MIL (Makcik Tak'siah) dia memang minta sangat ngan barang barang antik ni. MIL dia pesan nak set cawan 6 bijik. So, CP ngan saya pun bergegas merempit ke kedai tu sebab takut nanti kalau lambat, tak dapat. Maklumlah, barang barang camtu memang orang dok cari.
Dah selesai beli, singgahlah sat kat satu butik ni. Saya dengan tudung terpeleot sana sini, baju macam apa ntah pakai, masuklah ke dalam nak tengok kalau kalau ada baju yang berkenan kat hati. Tiiing. Memang sungguh magik. Terus tak sampai 5 minit jatuh cinta dengan sehelai baju baju kurung moden ni. Dengan selambanya cakap kat CP tak payah masuk Fitting Room ah. Mone bukan gemok pun. Awat abang ingat Mone gemok ka? Sambil ketawa kecil, ambiklah saya size S. Tapi CP ngan pembantu kedai tu suruh suruh jugak saya masuk try dulu. Kang menyesal. Oklah Oklah. Selepas lima enam kali dipujuk, saya terpujuk jugak. Saya masuk. Erk. Baju tu memang ketat. Malunya. Tak sedar langsung diri sendiri sudah gemuk. Sekarang bukan size S lagi. Saya sudah M.Waktu keluar Fitting Room tak yah cerita lah. Lagilah malu. Diam saja. Hahahaha. Tulah cerita yang bertajuk ' Cara Senang Memalukan Diri Sendiri'. Tamat.
No comments:
Post a Comment