Monday, August 2, 2010

Emak

Kadang kadang saya rasa saya seorang yang sangat berterus terang. Kadang kadang saya rasa saya seorang yang terlalu susah nak meluahkan apa yang ada dalam semak samun perut saya ni. Tapi perkara paling payah saya nak kongsi ialah perasaan bila melibatkan emak saya. Saya tidak tahu dan jugak tiadak pandai meluahkan perasaan saya sendiri. Kadang kadang bila adik adik bercakap pasal emak dengan penuh emosi, saya buat buat sibuk dan jugak pura pura macam takda perasaaan pun. Walaupun saya hampir menangis, saya janji pada diri saya sendiri yang saya tidak akan sekali kali menangis di hadapan adik adik saya bila bercakap atau berbual tentang arwak emak. Saya tidak mahu emak dikenang dengan perasaan sedih. Saya mahu kami adik beradik gembira, bangga, dan nersyukur dengan kehadiran emak dalam kehidupan kami. Ia adalah satu rahmat. Ia adalah satu pengalaman yang sangat sangat berharga. Saya tahu, emak saya, InshaAllah bahagia di sana. Saya akan sentiasa mendoakan  supaya emak saya yang dikasihi ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Sepertimana emak saya sepanjang hidupnya sentiasa mendoakan kami adik beradik bahagia di dunia dan akhirat.Sepanjang hayat emak bersama kami, emak telah membahagiakan kami, menyayangi kami dan mengasihi kami lebih dari apa yang emak buat untuk dirinya sendiri. Sekarang, saya jugak seorang emak sepertimana emak saya. Saya faham perasaannya. Saya tahu dan nampak penat lelah jerih susah payah dia membesarkan kami adik beradik. Tapi saya tak mungkin dan tidak sekali kali mampu menjadi seperti emak saya. Kata katanya tidak pernah ada walau sekali pun perkataan yang menunjukkan keluh, kesah, penat dan letih dalam menjaga kami semua. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan yang telah emak berikan kepada kami adik beradik. Kami sangat sangat menghargainya dan tidak mungkin tidak sekali kali akan kami lupa. Sungguh.

No comments:

Post a Comment